Loading...

PKPD Di Felda Tersang 1, 2 Dan 3 Yang Tamat Esok Di Lanjutkan 14 Hari Lagi Hingga 24 Jun !

Loading...
PKPD Di Felda Tersang 1, 2 Dan 3 Yang Tamat Esok Di Lanjutkan 14 Hari Lagi Hingga 24 Jun ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKPD Di Felda Tersang 1, 2 Dan 3 Yang Tamat Esok Di Lanjutkan 14 Hari Lagi Hingga 24 Jun !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKPD Di Felda Tersang 1, 2 Dan 3 Yang Tamat Esok Di Lanjutkan 14 Hari Lagi Hingga 24 Jun !
link : PKPD Di Felda Tersang 1, 2 Dan 3 Yang Tamat Esok Di Lanjutkan 14 Hari Lagi Hingga 24 Jun !

Baca juga


PKPD Di Felda Tersang 1, 2 Dan 3 Yang Tamat Esok Di Lanjutkan 14 Hari Lagi Hingga 24 Jun !

 

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di FELDA Tersang 1, 2 dan 3, Raub, Pahang yang sepatutnya tamat esok dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 24 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan itu susulan Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati masih terdapat penularan kes COVID-19 dalam kalangan penduduk, kes baharu selain 217 ujian saringan sedang menunggu keputusan.

"Sebelum ini, KKM melakukan 525 ujian saringan dan 19 daripadanya dilaporkan positif COVID-19 di lokaliti itu.

"Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di lokaliti terbabit bermula 11 hingga 24 Jun ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, PKPD di beberapa lokaliti di Kuala Lumpur, Sabah dan Pahang akan ditamatkan esok mengikut jadual.

Lokasi terbabit ialah Pangsapuri Permai dan Pangsapuri Sri Penara (Blok C dan D) di Kuala Lumpur; Kampung Pirasan Ulu, Kota Belud serta Taman Sawit Balung, Tawau, Sabah selain di Pahang iaitu Mukim Perak dan Bangau, Temerloh; Taman Dato' Tengku Paris, Raub dan Pekan Kemayan, Bera.

"Di Pangsapuri Permai, 607 penghuni disaring dan 50 daripadanya sah positif COVID-19, manakala Pangsapuri Sri Penara merekodkan 56 kes positif daripada 804 ujian saringan dilakukan KKM.

"Di Kampung Pirasan Ulu, KKM melakukan 425 ujian saringan dan hanya 34 kes positif direkodkan, manakala Taman Sawit Balung pula dilaporkan merekod 38 kes daripada 496 ujian dilakukan.

"Di Mukim Perak, KKM merekodkan 66 kes positif COVID-19 selepas melakukan 1,005 ujian saringan manakala di Mukim Bangau, 653 disaring dan 17 kes positif direkodkan," katanya.

Ismail Sabri berkata, setakat ini KKM melakukan 42 ujian saringan dan 13 daripadanya dilaporkan positif COVID-19 di Taman Dato' Tengku Paris, Raub.

"Pekan Kemayan, Bera pula KKM melakukan 1,751 ujian saringan dan 22 daripadanya dilaporkan positif," katanya.

Beliau berkata, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di semua lokaliti itu esok mengikut jadual selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM.

Katanya, penamatan PKPD itu susulan pengesahan KKM berlaku penurunan kes dan kluster turut terkawal manakala semua kes positif sudah menerima rawatan di lokaliti terbabit. #sumber



Demikianlah Artikel PKPD Di Felda Tersang 1, 2 Dan 3 Yang Tamat Esok Di Lanjutkan 14 Hari Lagi Hingga 24 Jun !

Sekianlah artikel PKPD Di Felda Tersang 1, 2 Dan 3 Yang Tamat Esok Di Lanjutkan 14 Hari Lagi Hingga 24 Jun ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKPD Di Felda Tersang 1, 2 Dan 3 Yang Tamat Esok Di Lanjutkan 14 Hari Lagi Hingga 24 Jun ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/06/pkpd-di-felda-tersang-1-2-dan-3-yang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PKPD Di Felda Tersang 1, 2 Dan 3 Yang Tamat Esok Di Lanjutkan 14 Hari Lagi Hingga 24 Jun !"

Catat Ulasan

Loading...