Loading...

PKPD Dilaksana Di Beberapa Lokaliti Di KL Dan Sabah Selama 14 Hari, Bermula Hari Ahad Ini !

Loading...
PKPD Dilaksana Di Beberapa Lokaliti Di KL Dan Sabah Selama 14 Hari, Bermula Hari Ahad Ini ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKPD Dilaksana Di Beberapa Lokaliti Di KL Dan Sabah Selama 14 Hari, Bermula Hari Ahad Ini !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKPD Dilaksana Di Beberapa Lokaliti Di KL Dan Sabah Selama 14 Hari, Bermula Hari Ahad Ini !
link : PKPD Dilaksana Di Beberapa Lokaliti Di KL Dan Sabah Selama 14 Hari, Bermula Hari Ahad Ini !

Baca juga


PKPD Dilaksana Di Beberapa Lokaliti Di KL Dan Sabah Selama 14 Hari, Bermula Hari Ahad Ini !

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di beberapa lokaliti di ibu negara dan Sabah, selama 14 hari, bermula Ahad ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD di Kuala Lumpur membabitkan Kampung Segambut Dalam, Segambut dan Jalan Kubur, Pantai Dalam.

Beliau berkata, PKPD di Sabah pula Kampung Pukat Tanjung Batu Laut dan Kampung Baru Pasir Putih dekat Tawau serta Lorong 12, 15 dan 16, Taman Fajar Projek serta Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni di Sandakan.

"Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan peningkatan ketara kes positif COVID-19 dalam masa singkat apabila sebanyak 78 kes direkodkan daripada 646 saringan di Kampung Segambut.

"Sebanyak 53 kes positif pula dilaporkan hasil ujian saringan 79 orang di Jalan Kubur, Pantai Dalam. Sebanyak 12 kes positif direkodkan di Kampung Pukat Tanjung Batu Laut selepas 31 individu disaring.

"Di Kampung Baru Pasir Putih, sebanyak 50 ujian saringan dilakukan dan 10 daripadanya dilaporkan positif COVID-19.

"KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes amat ketara dalam tempoh singkat apabila 17 kes positif direkodkan di Lorong 12,15 dan 16, Taman Fajar selepas 91 orang menjalani ujian saringan, manakala di PPR Murni, 42 orang disaring dan 15 positif COVID-19," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri berkata, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di semua lokaliti itu berkuat kuasa 27 Jun hingga 10 Julai ini susulan penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat KKM.

Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas penduduk dan seterusnya mengekang penularan COVID-19 ke kawasan lain.

Prosedur operasi standard (SOP) PKPD sama seperti diumumkan sebelum ini yang boleh diakses di laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN) di www.mkn.gov.my. #sumber



Demikianlah Artikel PKPD Dilaksana Di Beberapa Lokaliti Di KL Dan Sabah Selama 14 Hari, Bermula Hari Ahad Ini !

Sekianlah artikel PKPD Dilaksana Di Beberapa Lokaliti Di KL Dan Sabah Selama 14 Hari, Bermula Hari Ahad Ini ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKPD Dilaksana Di Beberapa Lokaliti Di KL Dan Sabah Selama 14 Hari, Bermula Hari Ahad Ini ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/06/pkpd-dilaksana-di-beberapa-lokaliti-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PKPD Dilaksana Di Beberapa Lokaliti Di KL Dan Sabah Selama 14 Hari, Bermula Hari Ahad Ini !"

Catat Ulasan

Loading...