Judul : Premis Kedai Makan Dan Restoran Dibenarkan Operasi Jam 6.00 Pagi Sehingga 10.00 Malam
link : Premis Kedai Makan Dan Restoran Dibenarkan Operasi Jam 6.00 Pagi Sehingga 10.00 Malam
Premis Kedai Makan Dan Restoran Dibenarkan Operasi Jam 6.00 Pagi Sehingga 10.00 Malam
PETALING JAYA – Premis kedai makan dan restoran dibenarkan beroperasi bermula pukul 6 pagi hingga 10 malam bermula esok.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diambil setelah kerajaan mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan.
“Sebelum ini, operasi melibatkan premis kedai makan dan restoran hanya dibenarkan bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam.
“Setelah mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan, sidang mesyuarat bersetuju untuk menukar waktu operasi premis yang menjual makanan bermula pukul 6 pagi hingga 10 malam berkuat kuasa 28 Jun 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata, seramai 798 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Katanya, daripada jumlah itu, seramai 762 individu dikompaun manakala 24 direman dan 12 dijamin.
“Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (172), tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan (119), gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (114), tidak memakai pelitup muka (108), membawa penumpang berlebihan (69) dan lain-lain (216),” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Premis Kedai Makan Dan Restoran Dibenarkan Operasi Jam 6.00 Pagi Sehingga 10.00 Malam
Anda sekarang membaca artikel Premis Kedai Makan Dan Restoran Dibenarkan Operasi Jam 6.00 Pagi Sehingga 10.00 Malam dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/06/premis-kedai-makan-dan-restoran.html
0 Response to "Premis Kedai Makan Dan Restoran Dibenarkan Operasi Jam 6.00 Pagi Sehingga 10.00 Malam"
Catat Ulasan