Judul : Tangguhkan Segera Projek Pembinaan Jalan Dari Kampung Mat Daling Ke Kampung Pasir Raja, Kepentingan 'Rakyat' Atau 'Pembalak' ?
link : Tangguhkan Segera Projek Pembinaan Jalan Dari Kampung Mat Daling Ke Kampung Pasir Raja, Kepentingan 'Rakyat' Atau 'Pembalak' ?
Tangguhkan Segera Projek Pembinaan Jalan Dari Kampung Mat Daling Ke Kampung Pasir Raja, Kepentingan 'Rakyat' Atau 'Pembalak' ?
TEMERLOH - Projek Jalan Luar Bandar sepanjang 52.55 kilometer dari Kampung Mat Daling, Jerantut, Pahang ke Kampung Pasir Raja, Dungun, Terengganu asalnya dicadangkan oleh seorang 'pembalak tegar' pada zaman kleptokrat.
Ia diluluskan beberapa tahun lalu dengan peruntukan lebih RM500 juta menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Demikian kenyataan terbaharu aktivis alam sekitar, Mohd Khaidir Ahmad di laman facebooknya hari ini.
(https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10208184910578644&id=1778074021)
Menurut aktivis yang popular dengan gelaran Wartawan Tua itu, dari peringkat awal cadangannya lagi, projek ini mendapat bantahan ramai kerana ia akan memberi impak negatif yang besar kepada kelestarian alam semulajadi khususnya kawasan Hulu Sungai Tembeling yang mengalir ke Sungai Pahang hingga ke Bandar Diraja Pekan.
"Jalan berkenaan akan merentasi kawasan Hutan Dara dan Hutan Tadahan Air Semulajadi Hulu Sungai Tembeling yang menjadi habitat hidupan liar serta kaya dengan pelbagai flora dan fauna ternasuk spesis kayu balak berharga dan bersaiz luarbiasa termasuk kayu Chengal di sempadan Pahang dan Terengganu.
"Ia adalah Hutan Dara Tanah Kerajaan Negeri di kawasan Lembangan Sungai terakhir, yang belum diusik dengan kegiatan pembalakan di Pahang (di luar Taman Negara)," dakwa Khaidir.
Justeru, beliau mendesak pelaksanaan projek pembinaan jalan berkenaan seperti yang dinyatakan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail beberapa hari lalu... ditangguhkan segera berdasarkan fakta.
"Keadaan ekonomi negara yang tenat sekarang disebabkan Pandemik Covid-19 memerlukan peruntukan bagi pembinaan jalan berkenaan disalur dan digunakan dahulu untuk tujuan yang lebih mendesak terutama untuk kepentingan rakyat dan negara.
"Pembinaan jalan berkenaan bukanlah sesuatu yang penting dan mendesak bagi kegunaan dan kemudahan rakyat tempatan buat masa sekarang, kecuali bagi kegunaan dan kemudahan pengeluatan balak brfsaiz luar biasa dari Hutan Dara di kawasan sepanjang laluan lebih 50 kilometer atau berpuluh ribu hektar itu," katanya.
Malah menurut Khaidir lagi, Desakan itu bukan bermakna beliau 'anti establishment' atau 'anti kemajuan' keran tujuan pembinaan jalan sebelum ini dari Kuala Tahan ke Kampung Mat Daling yang juga kononnya untuk membangunkan kawasan sepanjang jajaran dan membawa kemajuan kepada penduduk di Hulu Tembeling MASIH belum mencapai matlamatnya.
Khaidir turut mendakwa telah terbukti Jalan Kuala Tahan-Mat Daling yang membabitkan peruntukan besar Kerajaan dengan jaraknya juga lebih kurang 50 kilometer, lebih banyak digunakan bagi tujuan pembalakan berbanding kegunaan rakyat tempatan sehingga menyebabkan ia kini rosak teruk dan tidak diselenggara dengan baik.
"Kita tidak mahu tragedi penggondolan dan kemusnahan teruk Hutan Tadahan Air Semulajdi seperti yang berlaku di lembangan Sungai Pengau dan Sungai Kembir hingga ke kaki Gunung Dulang ketika pembinaan Jalan Kuala Tahan-Mat Daling, berulang semula apabila projek pembinaan Jalan Mat Daling ke Kampung Pasir Raja dilaksanakan nanti.
"Lagipun, orang Pahang termasuk dari Jerantut sudah ada kemudahan Lebuhraya Pantai Timur Kedua (LPT2) yang sangat selesa jika ada keperluan yang sangat jarang-jarang sekali untuk ke Kg Pasir Raja, Dungun, Terengganu. Jadi sudah tidak ada keperluan langsung sebenarnya untuk Kerajaan tergesa-tergesa membazirkan peruntukan pada saat semakin ramai rakyat membunuh diri akibat himpitan ekonomi ketika ini, membina jalan baharu dari Kg Mat Daling ke Kg Pasir Raja dengan alasan kepentingan rakyat kecuali ada kepentingan atau agenda lain yang tersembunyi di dalam saku," kata kenyataan beliau lagi.
Beliau turut mendakwa cuma meminta penangguhan tetapi tidak meminta projek Jalan Mat Daling-Kampung Pasir Raja dibatalkan kerana kita sedar projek jalan ini mungkin ada keperluannya pada masa depan apabila pembangunan di Hulu Tembeling sudah mencapai tahap kemajuan pesat dalam tempoh mungkin 20 tahun akan datang.
Jika diteruskan sekalipun ketika itu nanti, kita berharap projek jalan berkenaan dilaksanankan dengan kawalan ketat dan berhati-hati serta mengambilkira sensitivi ekologi atau biosphera alam semulajadi di sepanjang laluannya, kata beliau lagi. #PahangDaily
Demikianlah Artikel Tangguhkan Segera Projek Pembinaan Jalan Dari Kampung Mat Daling Ke Kampung Pasir Raja, Kepentingan 'Rakyat' Atau 'Pembalak' ?
Anda sekarang membaca artikel Tangguhkan Segera Projek Pembinaan Jalan Dari Kampung Mat Daling Ke Kampung Pasir Raja, Kepentingan 'Rakyat' Atau 'Pembalak' ? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/06/tangguhkan-segera-projek-pembinaan.html
0 Response to "Tangguhkan Segera Projek Pembinaan Jalan Dari Kampung Mat Daling Ke Kampung Pasir Raja, Kepentingan 'Rakyat' Atau 'Pembalak' ?"
Catat Ulasan