Loading...

Tiga Beranak Maut Akibat Kemalangan Kereta Bertembung Bas Di Dungun 3.10 Petang Tadi !

Loading...
Tiga Beranak Maut Akibat Kemalangan Kereta Bertembung Bas Di Dungun 3.10 Petang Tadi ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiga Beranak Maut Akibat Kemalangan Kereta Bertembung Bas Di Dungun 3.10 Petang Tadi !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiga Beranak Maut Akibat Kemalangan Kereta Bertembung Bas Di Dungun 3.10 Petang Tadi !
link : Tiga Beranak Maut Akibat Kemalangan Kereta Bertembung Bas Di Dungun 3.10 Petang Tadi !

Baca juga


Tiga Beranak Maut Akibat Kemalangan Kereta Bertembung Bas Di Dungun 3.10 Petang Tadi !

 

DUNGUN - Tiga beranak maut selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas di Kilometer 25, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah, petang tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 3.10 petang, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ketengah Jaya 2, Mohd Zuki Yusof, 44 , dan isteri, Nur Farraheeda Ali Khan, 41, maut di tempat kejadian.

Anak perempuan mereka, Nasyeen Umayra Mohd Zuki, 10, meninggal dunia di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, kira-kira jam 6.20 petang.

Seorang lagi anak mereka, Damia Irdina Mohd Zuki, 13, cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Dungun.

Nur Farraheeda adalah pembantu tadbir Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).

Ketika kejadian, keluarga terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Bakti AMBS dari Paka.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila kereta Subaru dipandu Mohd Zuki dipercayai hilang kawalan selepas melalui satu selekoh.

Berikutan itu, kereta terbabit dikatakan memasuki laluan kanan jalan sebelum bertembung dengan sebuah bas dari arah bertentangan.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Bandar AMBS, Penolong Penguasa Bomba, Zul Husni Abdul Rahman, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.14 petang sebelum enam anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati kedua-dua anak mangsa dikeluarkan orang ramai.

"Pemandu dan penumpang depan tersepit di tempat duduk dan kami mengambil masa 15 minit sebelum berjaya mengeluarkan mereka.

"Ketika itu kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia dan ketika kejadian hujan lebat," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Tiga Beranak Maut Akibat Kemalangan Kereta Bertembung Bas Di Dungun 3.10 Petang Tadi !

Sekianlah artikel Tiga Beranak Maut Akibat Kemalangan Kereta Bertembung Bas Di Dungun 3.10 Petang Tadi ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiga Beranak Maut Akibat Kemalangan Kereta Bertembung Bas Di Dungun 3.10 Petang Tadi ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/06/tiga-beranak-maut-akibat-kemalangan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tiga Beranak Maut Akibat Kemalangan Kereta Bertembung Bas Di Dungun 3.10 Petang Tadi !"

Catat Ulasan

Loading...