Loading...

Tiga Pegawai Imigresen Terima Rasuah Untuk Lepas Warga Asing Mengaku Salah, Di Denda !

Loading...
Tiga Pegawai Imigresen Terima Rasuah Untuk Lepas Warga Asing Mengaku Salah, Di Denda ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiga Pegawai Imigresen Terima Rasuah Untuk Lepas Warga Asing Mengaku Salah, Di Denda !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiga Pegawai Imigresen Terima Rasuah Untuk Lepas Warga Asing Mengaku Salah, Di Denda !
link : Tiga Pegawai Imigresen Terima Rasuah Untuk Lepas Warga Asing Mengaku Salah, Di Denda !

Baca juga


Tiga Pegawai Imigresen Terima Rasuah Untuk Lepas Warga Asing Mengaku Salah, Di Denda !

 

SHAH ALAM – Tiga pegawai Imigresen yang ditahan dalam Ops Selat masing-masing didenda oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas mengaku bersalah menerima rasuah melepaskan warganegara asing tanpa melalui prosedur yang betul, di antara 2018 hingga 2020.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan denda masing-masing kepada Mohammad Zulkiah Ibrahim, 29, sebanyak RM28,000, Danny Supil, 42 (RM2,500) dan Mohd. Syahmi Sapawi, 22, (RM9,000) selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan kepada mereka.

Ketiga-tiga juga berdepan penjara antara sebulan hingga lima bulan sekiranya gagal melunaskan denda tersebut.

Turut dilucutkan hak kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah 21 barangan yang dibeli hasil rasuah tersebut seperti lapan kasut jenama Adidas Yeezy ; dua telefon bimbit jenis Iphone 11 Pro Max dan Oppo Reno serta jam tangan jenama G-Shock, sepasang cincin dan sebuah beg jenama Coach.

Rozilah ketika menjatuhkan hukumannya menzahirkan kebimbangan apabila meletakkan pegawai muda di kawasan hotspot yang memerlukan integriti tinggi seterusnya menyebabkan mereka terdedah kepada budaya seperti rasuah.

“Walau apapun situasi, kamu mempunyai akal dan harus melaporkan kegiatan rasuah itu kepada pihak SPRM kerana amanah yang dipegang kepada kamu dalam menjaga pintu masuk negara,” katanya.

Mohammad Zulkiah didakwa satu pertuduhan menerima suapan sebanyak RM7,000 manakala Mohd. Syahmi dituduh tiga pertuduhan menerima suapan berjumlah RM8,000. Dalam prosiding itu, dua lagi pertuduhan dihadapi Mohd. Syahmi dilepaskan dan dibebaskan selepas mengambil kira dalam menjatuhkan hukuman.

Sementara itu, Danny didakwa menerima wang tunai RM200. Kesemua mereka berjawatan Gred KP 19 dan KP 22 itu menerima wang tersebut daripada dua lelaki berbeza bagi membantu melepaskan warga asing termasuk dari China tanpa melalui proses dan prosedur yang betul.

Mereka yang bertugas di Jabatan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melakukan kesalahan itu masing-masing di sebuah bank dan pejabat Imigresen KLIA 2 pada 2018 hingga 2020.

Justeru, ketiga-tiganya boleh didenda RM100,000 atau dipenjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekiranya disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 25 (1) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 25 (2) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Fadhli Ab. Wahab sementara pembelaan diwakili Peguam Abdul Halem Mohamad Husin dan Mohamad Fauzi Mat Zin selain Mohd. Syahmi yang tidak diwakil peguam. #sumber



Demikianlah Artikel Tiga Pegawai Imigresen Terima Rasuah Untuk Lepas Warga Asing Mengaku Salah, Di Denda !

Sekianlah artikel Tiga Pegawai Imigresen Terima Rasuah Untuk Lepas Warga Asing Mengaku Salah, Di Denda ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiga Pegawai Imigresen Terima Rasuah Untuk Lepas Warga Asing Mengaku Salah, Di Denda ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/06/tiga-pegawai-imigresen-terima-rasuah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tiga Pegawai Imigresen Terima Rasuah Untuk Lepas Warga Asing Mengaku Salah, Di Denda !"

Catat Ulasan

Loading...