Judul : Usahawan Kosmetik, "Nur Sajat" Di Buru Polis Bersabit Kes Penipuan Maklumat Pada MyKad
link : Usahawan Kosmetik, "Nur Sajat" Di Buru Polis Bersabit Kes Penipuan Maklumat Pada MyKad
Usahawan Kosmetik, "Nur Sajat" Di Buru Polis Bersabit Kes Penipuan Maklumat Pada MyKad
PETALING JAYA - Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau dikenali sebagai Nur Sajat kini diburu polis bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.
Dalam satu notis mengesan saksi dikeluarkan Facebook Polis Daerah Ampang Jaya memaklumkan Nur Sajat adalah saksi yang perlu hadir bagi prosiding perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Ampang Jaya pada 14 Julai ini.
“Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Ampang Jaya sedang mengesan seorang saksi (Nur Sajat) bagi membantu siasatan satu kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan yang sedang dalam proses perbicaraan di Mahkamah Ampang Jaya,” menurut notis itu.
Notis itu turut menyatakan alamat terakhir Nur Sajat dikesan ialah di No 2, Jalan Polo Country Club Selangor, 10/3 Kota Damansara, Seksyen 10, Petaling Jaya dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu.
Menurut notis itu juga, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai Nur Sajat boleh menghubungi pegawai penyiasat Syafrina Nadzleen Ibrahim di talian 019 2692954.
Notis dikeluarkan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Ampang Jaya mengesan Nur Sajat sebagai saksi.
Sebelum ini Nur Sajat, 36, diburu pihak berkuasa apabila waran tangkap terhadapnya dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Susulan itu ada dakwaan melaporkan Nur Sajat bersembunyi di Thailand selepas dikenakan waran tangkap. #sumber
Demikianlah Artikel Usahawan Kosmetik, "Nur Sajat" Di Buru Polis Bersabit Kes Penipuan Maklumat Pada MyKad
Anda sekarang membaca artikel Usahawan Kosmetik, "Nur Sajat" Di Buru Polis Bersabit Kes Penipuan Maklumat Pada MyKad dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/06/usahawan-kosmetik-nur-sajat-di-buru.html


0 Response to "Usahawan Kosmetik, "Nur Sajat" Di Buru Polis Bersabit Kes Penipuan Maklumat Pada MyKad"
Catat Ulasan