Loading...

'Wartawan Tua' Tidak Keruan, Tergelak Dalam Sedih 'Pahang Negeri Terbaik Pelihara Hutan'

Loading...
'Wartawan Tua' Tidak Keruan, Tergelak Dalam Sedih 'Pahang Negeri Terbaik Pelihara Hutan' - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Wartawan Tua' Tidak Keruan, Tergelak Dalam Sedih 'Pahang Negeri Terbaik Pelihara Hutan', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Wartawan Tua' Tidak Keruan, Tergelak Dalam Sedih 'Pahang Negeri Terbaik Pelihara Hutan'
link : 'Wartawan Tua' Tidak Keruan, Tergelak Dalam Sedih 'Pahang Negeri Terbaik Pelihara Hutan'

Baca juga


'Wartawan Tua' Tidak Keruan, Tergelak Dalam Sedih 'Pahang Negeri Terbaik Pelihara Hutan'

TEMERLOH - Aktivis alam sekitar Mohd Khaidir Ahmad hari ini mendakwa beliau perasaan beliau tiba-tiba jadi tidak keruan dan mahu tergelak dalam kesedihan tatkala terbaca satu keratan akhbar bertajuk "Pahang negeri terbaik pelihara hutan". 

Keratan akhbar tersebut dipercayai telah dimuatnaik di page facebook, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang awal pagi ini. 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4691253627571373&id=204318619598252

Namun, akibat kecaman daripada kalangan netizen admin page berkenaan menutup ruangan komen posting tersebut selepas itu. 

Sementara itu, menurut Khaidir Adakah sumber berita yang disiar hanya berdasar perangkaan dari fail Jabatan Perhutanan Pahang dan ditulis bulat-bulat dari kerusi empuk wartawan berkenaan tanpa membuat sedikit kajian atau rujukan di lapangan?. 

Dakwa Wartawan Tua itu, ketika beliau mula bergelar wartawan professional (berjawatan wartawan tetap sepenuh masa) pada 2 Januari 1983... Sifu Kewartawanan saya ketika itu, Tan Sri A Samad Ismail atau Pak Samad (Tokoh Wartawan Negara) menggelarkan wartawan seperti itu sebagai "Armchair Journalist" yang tidak ada harga langsung walaupun satu sen. 

"Kerana sejak mula membongkar kegiatan pembalakan haram dan pembalakan berlesen yang tidak terkawal di Pahang sejak tahun 2000 (ketika bertugas sebagai Wartawan Penyiaran dengan jawatan Pengurus TV3 Wilayah Timur), saya sudah melihat dengan mata sendiri kemusnahan hutan sangat luarbiasa... yang menjadi rahsia kepada umum sebelum itu.

"Kayu balak dengan garis pusat lebih tinggi daripada saya (5 kaki 3 inci) dicuri dari  Hutan Simpan di sempadan atau mungkin dari dalam kawasan Taman Negara (ada yang kata papan tanda sempadan Taman Negara dialih oleh pembalak haram yang sangat berani ketika itu)," dakwa beliau. 

Katanya, sejak pembongkaran pertama itu, rakyat umum mula sedar dan maklumat demi maklumat disalurkan kepada saya secara sulit mengenai kegiatan pembalakan luarbiasa dan tidak terkawal di Pahang.

Ketika itu rakyat Pahang sangat takut untuk bercakap mengenai isu pembalakan secara terbuka kerana dimomok dengan ugutan. 

"Balak itu milik Istana, kita rakyat tak boleh campur tangan... nanti Tuanku murka susahlah kita"

"Saya sendiri beberapa kali didatangi oleh utusan Istana yang membuka kata Tuanku murka dengan laporan awak... Tuanku kecil hati dengan awak. 

" Tidak cukup dengan itu... pegawai kanan polis turut digunakan bagi memberi tekanan demi tekanan kepada saya yang ketika itu masih berstatus "wartawan muda," tambah Khaidir lagi. 

Beliau turut mendakwa paling ditakuti ketika itu ialah pembongkarannya mengenai pembalakan yang "menggunakan" atau berselindung di sebalik nama Tuanku oleh dua pembalak tersohor... "Tengku Wong" yang bermaharajalela di jajahan Timur Negeri Pahang terutama di kawasan Sungai Lembing hingga ke sempadan Terengganu. 

"Tengku Wang" (sebutan dalam loghat Terengganu) yang bermaharajalela di jajahan lembangan Tembeling dari kuala hingga ke hulu Sungai Tembeling. 

"Walaupun era kedua-dua "Tengku Balak" yang boleh "menjual" nama Tuanku itu kini sudah agak lama berakhir... tetapi kerakusan dan ketamakan menggondolkan hutan simpan di Pahang masih terus cuba digalang ganti atau diwarisi oleh beberapa YB... yang mahu mengumpul kekayaan di luar batasan sebagai persediaan... selepas melihat petanda-petanda awal kejatuhan mereka dan kerajaan mereka menjelang PRU-15.

"Satu-satunya peluang paling besar yang masih terbuka untuk mencapai impian mereka itu ialah menerusi  pelaksanaan Projek Jalan Mat Daling -Kampung Raja... yang di sepanjang laluan 50 kilometer itu... masih kaya dengan hutan dara yang mengandungi kayu-kayu balak berharga dan bersaiz luar biasa!," tambah kenyataan di facebook beliau hari ini. 

Beliau turut memuatnaik beberapa gambar kenangan bukti kemusnahan luarbiasa hutan simpan di seluruh Pahang yang dirakam sendiri oleh lensa kamera beliau (Khaidir Ahmad @ Wartawan Tua sejak tahun 2000). #sumber

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10208194364334982&id=1778074021



Demikianlah Artikel 'Wartawan Tua' Tidak Keruan, Tergelak Dalam Sedih 'Pahang Negeri Terbaik Pelihara Hutan'

Sekianlah artikel 'Wartawan Tua' Tidak Keruan, Tergelak Dalam Sedih 'Pahang Negeri Terbaik Pelihara Hutan' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Wartawan Tua' Tidak Keruan, Tergelak Dalam Sedih 'Pahang Negeri Terbaik Pelihara Hutan' dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/06/wartawan-tua-tidak-keruan-tergelak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "'Wartawan Tua' Tidak Keruan, Tergelak Dalam Sedih 'Pahang Negeri Terbaik Pelihara Hutan'"

Catat Ulasan

Loading...