Loading...

Ada "Unsur Rasuah" Durian Musang King Raub, Siasatan SPRM Sudah Lengkapkan 80 Peratus

Loading...
Ada "Unsur Rasuah" Durian Musang King Raub, Siasatan SPRM Sudah Lengkapkan 80 Peratus - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ada "Unsur Rasuah" Durian Musang King Raub, Siasatan SPRM Sudah Lengkapkan 80 Peratus, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ada "Unsur Rasuah" Durian Musang King Raub, Siasatan SPRM Sudah Lengkapkan 80 Peratus
link : Ada "Unsur Rasuah" Durian Musang King Raub, Siasatan SPRM Sudah Lengkapkan 80 Peratus

Baca juga


Ada "Unsur Rasuah" Durian Musang King Raub, Siasatan SPRM Sudah Lengkapkan 80 Peratus

 

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam proses melengkapkan siasatan berhubung isu pencerobohan tanah kerajaan negeri Pahang yang dijadikan ladang durian secara haram di Raub.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya telah memanggil peneroka dan pihak berkuasa berkaitan untuk dirakam keterangan.

“Kita harus faham, isu ini ada dua. Pertama, berbangkit ketidakpuasan hati masyarakat dalam kes berkenaan dan SPRM tidak boleh campur tangan kerana ia melibatkan siasatan pihak berkuasa lain.

“Kedua, isu rasuah. Di sini kita telah buka fail siasatan untuk tindakan lanjut. Beri kami masa dan kerana kes yang berlaku ini bukanlah kes baharu, ia kes yang sudah lama berlaku,” katanya  pada Jumaat.

Azam berkata, jika ada pihak yang mendakwa berlakunya rasuah berkenaan isu pencerobohan itu, sila tampil kepada SPRM dan usah membuat sebarang spekulasi tanpa mengetahui perkara sebenar.

“Kita juga telah dapatkan maklumat daripada jabatan hutan dan pejabat tanah daerah kerana ia adalah kes yang telah lama berlaku.

“Setakat ini siasatan sudah 80 peratus. Beri kita sedikit masa untuk kita selesaikannya,” katanya.

Pada 1 Ogos tahun lalu, kerajaan Pahang mula bertindak tegas dalam menangani kegiatan pengusaha kebun durian di Raub yang diusahakan secara haram di atas tanah kerajaan negeri.

Tindakan itu dilakukan berikutan kerajaan negeri mengalami kerugian kira-kira RM30 juta dalam tempoh 10 tahun akibat kehilangan hasil cukai tanah daripada kebun haram termasuk di kawasan hutan simpan.

Antara kawasan dusun durian di Raub yang terbabit ialah Hutan Simpan Gunung Benom, sekitar Sungai Ruan, Sungai Chalit serta Tranum dan Tras. #sumber




Demikianlah Artikel Ada "Unsur Rasuah" Durian Musang King Raub, Siasatan SPRM Sudah Lengkapkan 80 Peratus

Sekianlah artikel Ada "Unsur Rasuah" Durian Musang King Raub, Siasatan SPRM Sudah Lengkapkan 80 Peratus kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ada "Unsur Rasuah" Durian Musang King Raub, Siasatan SPRM Sudah Lengkapkan 80 Peratus dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/07/ada-unsur-rasuah-durian-musang-king.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ada "Unsur Rasuah" Durian Musang King Raub, Siasatan SPRM Sudah Lengkapkan 80 Peratus"

Catat Ulasan

Loading...