Loading...

Ahli Parlimen Jerantut Mengaku Tandatangan SD "Sokong Anwar" Menjadi Perdana Menteri !

Loading...
Ahli Parlimen Jerantut Mengaku Tandatangan SD "Sokong Anwar" Menjadi Perdana Menteri ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli Parlimen Jerantut Mengaku Tandatangan SD "Sokong Anwar" Menjadi Perdana Menteri !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli Parlimen Jerantut Mengaku Tandatangan SD "Sokong Anwar" Menjadi Perdana Menteri !
link : Ahli Parlimen Jerantut Mengaku Tandatangan SD "Sokong Anwar" Menjadi Perdana Menteri !

Baca juga


Ahli Parlimen Jerantut Mengaku Tandatangan SD "Sokong Anwar" Menjadi Perdana Menteri !

 

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen UMNO Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris dilaporkan mengaku menandatangani akuan bersumpah (SD) yang menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Mingguan Malaysia memetik Ahmad Nazlan berkata dia bersedia untuk mencuba kerajaan baru kerana pentadbiran Pakatan Harapan bawah Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini telah gagal dan pemerintahan Perikatan Nasional diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin juga masih belum berjaya membantu rakyat.

"Jadi, apabila ada idea mencadangkan Anwar sebagai perdana menteri, saya bersetuju.

"Masih ada dua tahun ketika ini yang boleh kita cuba, kita dah merasai 22 bulan di bawah PH, berbelas bulan dengan PN dan kita rasa pulalah kerajaan baru, mungkin kerajaan baru itu nanti lebih berwajah baru,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Nazlan tidak mendedahkan berapa ramai ahli parlimen UMNO lain yang telah memberikan sokongan UMNO Anwar.

"Saya apabila diminta membuat pilihan dan pertimbangan, pada saya tidak salah kerana kerajaan hari ini belum berjaya pada hemat saya, jadi baik kita beri peluang kepada kerajaan baru,” katanya lagi.

Laporan itu juga mengatakan Ahmad Nazlan sebelum ini menyokong bekas naib presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tetapi kemudian menyokong Anwar.

Terdapat desas-desus Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang berusaha untuk mengeluarkan UMNO daripada PN, yang akan menyebabkan keruntuhan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Sekumpulan ahli parlimen UMNO, termasuk Hishammuddin Hussein dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula dikatakan berusaha untuk menyekat usaha tersebut.

Hal ini membuka 'gelanggang' pertarungan dalaman UMNO yang juga akan menentukan nasib kerajaan PN. #sumber



Demikianlah Artikel Ahli Parlimen Jerantut Mengaku Tandatangan SD "Sokong Anwar" Menjadi Perdana Menteri !

Sekianlah artikel Ahli Parlimen Jerantut Mengaku Tandatangan SD "Sokong Anwar" Menjadi Perdana Menteri ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahli Parlimen Jerantut Mengaku Tandatangan SD "Sokong Anwar" Menjadi Perdana Menteri ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/07/ahli-parlimen-jerantut-mengaku.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ahli Parlimen Jerantut Mengaku Tandatangan SD "Sokong Anwar" Menjadi Perdana Menteri !"

Catat Ulasan

Loading...