Loading...

Badi "Seri" Kini Masih Menghantui Sri Pahang, Kali Ini 2-2 Lawan Sabah FC Di Stadium Likas !

Loading...
Badi "Seri" Kini Masih Menghantui Sri Pahang, Kali Ini 2-2 Lawan Sabah FC Di Stadium Likas ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Badi "Seri" Kini Masih Menghantui Sri Pahang, Kali Ini 2-2 Lawan Sabah FC Di Stadium Likas !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Badi "Seri" Kini Masih Menghantui Sri Pahang, Kali Ini 2-2 Lawan Sabah FC Di Stadium Likas !
link : Badi "Seri" Kini Masih Menghantui Sri Pahang, Kali Ini 2-2 Lawan Sabah FC Di Stadium Likas !

Baca juga


Badi "Seri" Kini Masih Menghantui Sri Pahang, Kali Ini 2-2 Lawan Sabah FC Di Stadium Likas !

 

KUANTAN - Sri Pahang sekali lagi kempunan untuk mengutip 3 mata penuh selepas terikat 2-2 dengan Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu semalam. Ini merupakan keputusan seri kedua berturut-turut buat pasukan kendalian Gianluigi Dollohrumma.

Tok Gajah bermula garang dan terlebih dahulu menguji benteng pertahanan Sabah dengan beberapa gerakan berbahaya namun ketumpulan penyudah merencatkan usaha mereka untuk mencari jaringan awal.

Sabah turut memperolehi peluang terbaik melalui Saddil Ramdani pada minit ke 35 tetapi rembatannya tersasar. Keputusan 0-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki separuh masa kedua, tuan rumah mengandakan asakan ke kubu Sri Pahang. Percubaan terbaik mereka hadir pada minit ke 49 melalui sepakan gunting Amri Yahyah tapi terkena tiang.

Pada minit ke 58, Josip Ivancic menjaringkan gol pertama Sabah selepas menyudahkan hantaran cantik daripada Amri Yahyah daripada sebelah kanan. Ini merupakan jaringan pertama beliau dalam saingan Liga Super 2021.

Bagaimanapun, kegembiraan Sabah tidak bertahan lama apabila pemain sayap Sri Pahang, Baqiuddin Shamsudin manfaatkan peluang terhidang dengan merembat masuk gol penyamaan dari sebelah kanan pada minit ke 67.

Jaringan tersebut membangkitkan semangat pelawat untuk membawa pulang 3 mata ke Kuantan. Malah, Sri Pahang juga mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol kedua selepas Azam Azih gagal menyudahkan hantaran Kenny Athiu dalam kotak penalti pada minit ke 78.

Perlawanan mula menjadi rancak di minit akhir perlawanan apabila kedua-dua pasukan saling menyerang dan lebih banyak rembatan dari luar kotak penalti dilakukan.

Usaha Tok Gajah melancarkan serangan bertubi-tubi akhirnya membuahkan hasil apabila Malik Arif menyudahkan lorongan cantik daripada Manuel Hidalgo pada minit ke 94.

Seminit kemudian, Sabah juga kembali menyamakan kedudukan melalui Josip Ivancic yang menghukum kelekaan benteng pertahanan Tok Gajah. Perlawanan berakhir dengan keputusan 2-2 sekaligus menafikan hasrat pelawat untuk mengutip 3 mata penuh. #sumber



Demikianlah Artikel Badi "Seri" Kini Masih Menghantui Sri Pahang, Kali Ini 2-2 Lawan Sabah FC Di Stadium Likas !

Sekianlah artikel Badi "Seri" Kini Masih Menghantui Sri Pahang, Kali Ini 2-2 Lawan Sabah FC Di Stadium Likas ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Badi "Seri" Kini Masih Menghantui Sri Pahang, Kali Ini 2-2 Lawan Sabah FC Di Stadium Likas ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/07/badi-seri-kini-masih-menghantui-sri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Badi "Seri" Kini Masih Menghantui Sri Pahang, Kali Ini 2-2 Lawan Sabah FC Di Stadium Likas !"

Catat Ulasan

Loading...