Loading...

Covid-19: 'Lonjakan' Kes Baharu Harian Makin Membimbangkan, 13,215 Kes Di Lapor Hari Ini

Loading...
Covid-19: 'Lonjakan' Kes Baharu Harian Makin Membimbangkan, 13,215 Kes Di Lapor Hari Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Covid-19: 'Lonjakan' Kes Baharu Harian Makin Membimbangkan, 13,215 Kes Di Lapor Hari Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Covid-19: 'Lonjakan' Kes Baharu Harian Makin Membimbangkan, 13,215 Kes Di Lapor Hari Ini
link : Covid-19: 'Lonjakan' Kes Baharu Harian Makin Membimbangkan, 13,215 Kes Di Lapor Hari Ini

Baca juga


Covid-19: 'Lonjakan' Kes Baharu Harian Makin Membimbangkan, 13,215 Kes Di Lapor Hari Ini

 

PUTRAJAYA - Lonjakan kes baharu harian COVID-19 di negara ini terus membimbangkan dengan pertambahan 13,215 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor menjadi penyumbang tertinggi kes COVID-19 dengan 6,120 kes.

Katanya, pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 880,782 kes.

"Turut mencatat pertambahan kes hari ini ialah Negeri Sembilan dengan 1,603 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,499), Kedah (695), Johor (599), Pulau Pinang (509), Melaka (484), Sabah (370), Sarawak (363), Perak (344), Kelantan (255) dan Pahang (222).

"Terengganu mencatat 70 kes baharu, Putrajaya (53), Labuan (26) dan Perlis (tiga).

"Daripada jumlah itu, sebanyak 108,369 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini iaitu 885 kes masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 432 kes memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengenai 26 kluster yang dikesan hari ini, Dr Noor Hisham berkata, 15 daripadanya berpunca di tempat kerja, enam dalam kalangan komuniti, tiga membabitkan pusat tahanan manakala dua lagi ialah institusi pendidikan tinggi.

Katanya, kluster di tempat kerja dikenali sebagai Kluster Teknologi Cheng Satu, Kluster Jalan Anggerik Muar, Kluster Industri Jalan Perusahaan Lima, Kluster Industri Jalan Besi Satu, Kluster Salak Land dan Kluster Persiaran Tun Perak.

Selain itu Kluster Industri Batu 34 Dengkil-Banting, Kluster Jalan Angkasa Mas Dua, Kluster Persiaran Anggun, Kluster Jalan Seri Utara, Kluster Satu Timur dan Kluster Bintang Meranti.

"Turut dikesan ialah Kluster Lebuh Tanjung Satu, Kluster Industri Dewani Satu dan Kluster Jalan Pjnang.

"Bagi kluster dalam komuniti ia dikenali sebagai Kluster Sri Sabah, Kluster Desa Temuan, Kluster Kota Klias, Kluster Taman Pelangi Kluang, Kluster Jalan Kampung Permatang Pasir dan Kluster Langkap.

"Kluster pusat tahanan membabitkan Kluster Tembok Pengkalan Chepa 2, Kluster Tembok Ayer Keroh dan Kluster Pagar Tropika Satu manakala kluster institut pendidikan tinggi ialah Kluster Jalan Gombak 3 dan Kluster Lingkaran Wawasan," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga jam 12 tengah hari ini, sebanyak 6,095 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 ialah 765,800 kes. #sumber



Demikianlah Artikel Covid-19: 'Lonjakan' Kes Baharu Harian Makin Membimbangkan, 13,215 Kes Di Lapor Hari Ini

Sekianlah artikel Covid-19: 'Lonjakan' Kes Baharu Harian Makin Membimbangkan, 13,215 Kes Di Lapor Hari Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Covid-19: 'Lonjakan' Kes Baharu Harian Makin Membimbangkan, 13,215 Kes Di Lapor Hari Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/07/covid-19-lonjakan-kes-baharu-harian.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Covid-19: 'Lonjakan' Kes Baharu Harian Makin Membimbangkan, 13,215 Kes Di Lapor Hari Ini"

Catat Ulasan

Loading...