Judul : Covid-19: Sebanyak 12,366 Kes Positif Baharu Dengan 93 Lagi Kematian Di Rekodkan Hari Ini
link : Covid-19: Sebanyak 12,366 Kes Positif Baharu Dengan 93 Lagi Kematian Di Rekodkan Hari Ini
Covid-19: Sebanyak 12,366 Kes Positif Baharu Dengan 93 Lagi Kematian Di Rekodkan Hari Ini
PETALING JAYA - Kementerian Kesihatan melaporkan 12,366 kes baharu Covid-19 dan 93 kematian, manakala 7,567 pesakit pulih.
Ini menjadikan keseluruhan 798,955 daripada 939,899 pesakit Covid-19 sudah sembuh, manakala angka korban pula meningkat kepada 7,241 orang.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 133,703 kes aktif di seluruh negara, dengan 448 daripada 924 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.
Katanya, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi, dengan 5,524 kes.
Kuala Lumpur mencatatkan 1,580 kes, menjadikan keseluruhan jangkitan di Wilayah Persekutuan itu kini mencecah 100,752 kes.
Ia disusuli Negeri Sembilan (970), Johor (793), Kedah (701), Sabah (657), Pulau Pinang (460), Sarawak (351), Melaka (309), Perak (295), Pahang (288), Terengganu (190), Kelantan (179), Putrajaya (50), Labuan (17) dan Perlis (dua).
Daripada jumlah kes baharu itu, lapan ialah kes import dan baki 12,358 kes penularan tempatan membabitkan 10,002 warganegara serta 2,356 warga asing.
Hisham berkata, 52 kes yang dilaporkan hari ini adalah Kategori 5, manakala 33 adalah Kategori dan 93 kes Kategori 3.
Beliau berkata, 93 kematian itu terdiri daripada 91 warganegara dan dua warga asing, dengan semua kecuali 12 orang mempunyai sejarah penyakit lain.
Katanya, 10 daripadanya hanya dikesan positif Covid-19 selepas mayat mereka dibawa ke hospital.
Selangor mencatatkan angka korban tertinggi dengan 31 kes, disusuli Johor (16), Melaka (sembilan), Kedah (lapan), Pahang (tujuh), Perak, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan (lima), Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak (dua) serta Terengganu (satu).
Setakat semalam, Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara ialah 1.14.
Terengganu mencatatkan R-nought tertinggi pada 1.30, disusuli Kedah (1.24), Sabah (1.23), Putrajaya (1.22), Pulau Pinang (1.20), Johor (1.18), Negeri Sembilan (1.17), Pahang (1.16), Selangor (1.15), Melaka (1.14), Kuala Lumpur dan Perak (1.10), Kelantan (1.09), Sarawak. #sumber
Demikianlah Artikel Covid-19: Sebanyak 12,366 Kes Positif Baharu Dengan 93 Lagi Kematian Di Rekodkan Hari Ini
Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Sebanyak 12,366 Kes Positif Baharu Dengan 93 Lagi Kematian Di Rekodkan Hari Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/07/covid-19-sebanyak-12366-kes-positif.html

0 Response to "Covid-19: Sebanyak 12,366 Kes Positif Baharu Dengan 93 Lagi Kematian Di Rekodkan Hari Ini"
Catat Ulasan