Loading...

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Tanam 610 Pokok "Nadir" Di Kawasan Ceroboh Batu Talam

Loading...
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Tanam 610 Pokok "Nadir" Di Kawasan Ceroboh Batu Talam - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Tanam 610 Pokok "Nadir" Di Kawasan Ceroboh Batu Talam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Tanam 610 Pokok "Nadir" Di Kawasan Ceroboh Batu Talam
link : Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Tanam 610 Pokok "Nadir" Di Kawasan Ceroboh Batu Talam

Baca juga


Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Tanam 610 Pokok "Nadir" Di Kawasan Ceroboh Batu Talam

 

RAUB - Pejabat Pembangunan Hutan (PPH) Pahang Barat menanam 610 pokok nadir spesies tampoi dan sentul di kawasan Hutan Simpan Kekal Batu Talam yang sebelum ini dijadikan kebun durian Musang King secara haram.

Penolong Pengarah PPH Pahang Barat Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Wan Ghazali Wan Ali, berkata selain dua spesies berkenaan pihaknya akan menanam pokok ara yang turut sesuai ditanam di kawasan berkenaan.

Katanya, pokok ara akan ditanam di kawasan lembah serta tepi sumber air kerana ia memerlukan lebih air untuk membesar dan subur.

Usaha mendapatkan benih pokok terbabit sedang dilakukan pihaknya.

Menurutnya, sebanyak 200 pokok sentul dan 410 pokok tampoi berumur enam bulan hingga setahun sudah ditanam secara selerak dalam kawasan Hutan Simpan Kekal Batu Talam yang mempunyai bentuk muka bumi berbukit.

"Saya yakin dua spesies pokok nadir berkenaan mampu hidup subur di kawasan hutan simpan terbabit yang persekitarannya agak sejuk dan berangin serta yang tanah subur.

"Difahamkan dalam masa antara 12 hingga 15 tahun akan datang, ia akan mengeluarkan hasil," katanya, di sini hari ini.

Beliau berkata, pokok nadir ditanam dalam Hutan Simpan Kekal Batu Talam sebagai usaha menjadikan kawasan terbabit sebagai hutan semula jadi.

Katanya, sebelum ini pihaknya turut menanam pelbagai spesies pokok nadir dalam kawasan bekas lesen pembalakan serta kawasan ceroboh di Pahang.

Sementara itu beliau berkata, sehingga semalam pihaknya sudah menanam 12,295 daripada sasaran 20,000 pokok pelbagai spesies termasuk Merawan, Meranti, Balau dan Keruing dalam hutan simpan berkenaan.

"Kita hanya cuti sehari sahaja untuk menyambut Aidiladha hari ini, kerja menanam akan disambung semula esok membabitkan penyertaan antara 60 hingga 75 kakitangan JPNP daripada beberapa Pejabat Hutan Daerah.

Hutan Simpan Kekal Batu Talam seluas 101 hektar menjadi lokasi Operasi Pamah bermula 3 Julai lalu selepas ia diceroboh untuk dijadikan kebun durian Musang King, membabitkan lebih 15,000 pokok.

Hutan Simpan Batu Talam adalah kawasan tadahan air yang diwartakan pada 2002 dan jika pencemaran berlaku ia akan menjejaskan sumber air penduduk daerah ini. #sumber



Demikianlah Artikel Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Tanam 610 Pokok "Nadir" Di Kawasan Ceroboh Batu Talam

Sekianlah artikel Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Tanam 610 Pokok "Nadir" Di Kawasan Ceroboh Batu Talam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Tanam 610 Pokok "Nadir" Di Kawasan Ceroboh Batu Talam dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/07/jabatan-perhutanan-negeri-pahang-tanam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Tanam 610 Pokok "Nadir" Di Kawasan Ceroboh Batu Talam"

Catat Ulasan

Loading...