Loading...

Jabatan Perhutanan Pahang Mulakan Operasi Musnahkan Kebun Haram Musang King Raub !

Loading...
Jabatan Perhutanan Pahang Mulakan Operasi Musnahkan Kebun Haram Musang King Raub ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jabatan Perhutanan Pahang Mulakan Operasi Musnahkan Kebun Haram Musang King Raub !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jabatan Perhutanan Pahang Mulakan Operasi Musnahkan Kebun Haram Musang King Raub !
link : Jabatan Perhutanan Pahang Mulakan Operasi Musnahkan Kebun Haram Musang King Raub !

Baca juga


Jabatan Perhutanan Pahang Mulakan Operasi Musnahkan Kebun Haram Musang King Raub !

 

RAUB – Jabatan Perhutanan Negeri terus bertindak tegas terhadap aktiviti pencerobohan hutan apabila memulakan operasi memusnahkan kebun haram durian Musang King di dalam Hutan Simpan Batu Talam, dekat sini bermula semalam.

Difahamkan kawasan seluas kira-kira 101 hektar itu mempunyai pokok durian Musang King yang mula luruh dan mengeluarkan hasil.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Datuk Mohd, Hizamri Mohd. Yasin berkata, operasi yang melibatkan pelbagai agensi berkaitan itu bermula semalam sehingga 2 Ogos depan di kawasan hutan simpan berkenaan.

“Penugasan semalam tertumpu kepada rondaan dan tangkapan bagi individu-individu yang memasuki hutan simpan tanpa kebenaran.

“Anggota penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang melaksanakan tugasan rondaan dan tangkapan manakala anggota selebihnya menjalankan kerja penandaan zon kawasan tebangan bermula hari ini,” katanya hari ini.

Menurut beliau, sehingga semalam seramai empat individu sudah ditahan kerana menceroboh hutan simpan di bawah Akta Perhutanan 1984 dan dibawa ke Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Raub untuk tindakan lanjut.

Katanya, tangkapan itu melibatkan dua pekerja warga asing dan dua pekerja warga tempatan selain sitaan sebuah motosikal, sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan sebuah Land Rover.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui yang hadir bersama beberapa pekebun ke kawasan sekatan semalam mendakwa pekebun telah mendapat kebenaran mahkamah sebelum ini untuk masuk ke kebun berkenaan.

Katanya, kira-kira 20 pekebun yang mengusahakan kawasan berkenaan sejak kira-kira 10 tahun lalu mengalami kerugian apabila buah durian Musang King yang baru luruh tidak dapat dikutip. #sumber



Demikianlah Artikel Jabatan Perhutanan Pahang Mulakan Operasi Musnahkan Kebun Haram Musang King Raub !

Sekianlah artikel Jabatan Perhutanan Pahang Mulakan Operasi Musnahkan Kebun Haram Musang King Raub ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jabatan Perhutanan Pahang Mulakan Operasi Musnahkan Kebun Haram Musang King Raub ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/07/jabatan-perhutanan-pahang-mulakan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jabatan Perhutanan Pahang Mulakan Operasi Musnahkan Kebun Haram Musang King Raub !"

Catat Ulasan

Loading...