Loading...

Jika '20 Tahun' Penerokaan Hutan Simpan Tak Di Sedari, Apa Pejabat Hutan Buat Selama Ini?

Loading...
Jika '20 Tahun' Penerokaan Hutan Simpan Tak Di Sedari, Apa Pejabat Hutan Buat Selama Ini? - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jika '20 Tahun' Penerokaan Hutan Simpan Tak Di Sedari, Apa Pejabat Hutan Buat Selama Ini?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jika '20 Tahun' Penerokaan Hutan Simpan Tak Di Sedari, Apa Pejabat Hutan Buat Selama Ini?
link : Jika '20 Tahun' Penerokaan Hutan Simpan Tak Di Sedari, Apa Pejabat Hutan Buat Selama Ini?

Baca juga


Jika '20 Tahun' Penerokaan Hutan Simpan Tak Di Sedari, Apa Pejabat Hutan Buat Selama Ini?

RAUB - Orang ramai tertanya-tanya dengan kenyataan yang dibuat oleh Pegarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Datuk Dr Hizamri Mohd Yassin bahawa penerokaan tanah haram musang king dalam kawasan seluas 101 hektar di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam dekat sini sudah bermula sejak 20 tahun lalu.

Ketika itu katanya beliau masih belum lagi menjadi pengarah. Persoalan yang timbul, jika benar dakwaan beliau ini maka apa fungsi dan tugas jabatan hutan selama ini?.

Aktivis alam sekitar, Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini menyelar kenyataan beliau yang sengaja "membuka pekung di dada". 

Menerusi satu hantaran video terbaru di channel Youtube CMK TV "suara rakyat marhaen" beliau berkata, Hizamri tidak wajar bercakap demikian. Beliau seolah-olah ingin meletakkan kesalahan kepada pengarah hutan yang terdahulu. 

Beliau bercakap demikian ketika ditanya wartawan, tentang unsur rasuah dan penyelewengan dalam isu ini. Malah beliau turut berkata, kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) sedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya tindakan yang dilakukan jabatan itu menyalahi undang-undang, terutamanya operasi penebangan 15,000 pokok balak di kawasan terbabit

"Kenapa selepas 20 tahun baru sedar ada penerokaan haram musang king di kawasan terbabit. Apa yang jabatan hutan buat selama ini?. Kenapa tidak ambil tindakan sejak dari awal pencerobohan berlaku?," soal Shukri. 

Beliau turut menggesa Hizamri memberikan kerjasama kepada SPRM untuk menyiasat pegawai dan bekas pegawai (pesara) Pejabat Hutan Daerah Raub yang berdiam diri dan tutup mata melihat pencerobohan itu sejak 20 tahun lalu. Baginya, tidak. mungkin tiada unsur rasuah bila semua akur dan melihat sahaja penerokaan tanah dan penanaman durian musang king di kawasan terbabit.

"Mana pergi pegawai hutan daerah, renjer hutan, pegawas hutan dan lain-lain kakitangan?. Apakah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang wujud baru tiga tahun lepas, iaitu ketika Hizamri menjadi pengarah?.

"Beliau mendakwa baru tiga tahun berkhidmat. Persoalannya kenapa sebelum 2020 jabatan beliau tidak bertindak terhadap pekebun durian terbabit?.

"Mujurlah Menteri Besar Pahang yang baharu selepas PRU-14, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengangkat isu ini dan bertegas untuk mengambil tindakan terhadap penceroboh. Mungkin jika pentadbiran kerajaan tidak bertukar, jabatan perhutanan juga akan terus membisu untuk tahun-tahun yang akan datang agaknya," kata Shukri lagi.

Justeru kata Shukri, beliau hairan kenapa pihak yang bertanggungjawab sanggup biarkan kerajaan negeri Pahang mengalami kerugian, sedangkan penceroboh dapat untung ratusan juta ringgit atas hasil jualan dan eksport keluar negara.

"Kenyataan Hizamri membuktikan jabatan yang dipertanggungjawab terhadap hutan iti gagal dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dalam akujanji kakitangan awam sebenarnya.

"20 tahun gagal, bermakna pasti ada sesuatu yang tidak kena. Rasuah boleh berlaku dalam bentuk arahan dan pecah amanah, bukan sahaja bentuk wang ringgit. Arahan menutup isu, melindungi dan bersekongkol dengan penceroboh pasti didalangi oleh pegawai kerajaan yang berkenaan," dakwa Shukri lagi.

Justeru, jika Hizamri selaku pengarah rasa jabatan terbabit telus dan tidak ada rasuah, beliau perlu mengheret kakitangan jabatan itu dari Raub, yang masih bekerja atau sudah bersara untuk disiasat oleh pihak SPRM. Nescaya, akan mendapat jawapan kenapa mereka membisu selama ini. 

Klik video kenyataan beliau di https://youtu.be/nez7hIISbPg

Rakyat katanya mahu lihat ketelusan bukan lagi melindungi pihak yang khianat itu. Bawa mereka ke muka pengadilan. Jika semua pihak cuba melindungi, maka kesudahan cerita musang king ini pasti akN kabur dan tiada penghunjungnya. #pahangdaily



Demikianlah Artikel Jika '20 Tahun' Penerokaan Hutan Simpan Tak Di Sedari, Apa Pejabat Hutan Buat Selama Ini?

Sekianlah artikel Jika '20 Tahun' Penerokaan Hutan Simpan Tak Di Sedari, Apa Pejabat Hutan Buat Selama Ini? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jika '20 Tahun' Penerokaan Hutan Simpan Tak Di Sedari, Apa Pejabat Hutan Buat Selama Ini? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/07/jika-20-tahun-penerokaan-hutan-simpan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jika '20 Tahun' Penerokaan Hutan Simpan Tak Di Sedari, Apa Pejabat Hutan Buat Selama Ini?"

Catat Ulasan

Loading...