Loading...

Kawalan PGA Lancar "Operasi Tebang", Musnah Ladang Durian Hutan Simpan Batu Talam Raub

Loading...
Kawalan PGA Lancar "Operasi Tebang", Musnah Ladang Durian Hutan Simpan Batu Talam Raub - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kawalan PGA Lancar "Operasi Tebang", Musnah Ladang Durian Hutan Simpan Batu Talam Raub, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kawalan PGA Lancar "Operasi Tebang", Musnah Ladang Durian Hutan Simpan Batu Talam Raub
link : Kawalan PGA Lancar "Operasi Tebang", Musnah Ladang Durian Hutan Simpan Batu Talam Raub

Baca juga


Kawalan PGA Lancar "Operasi Tebang", Musnah Ladang Durian Hutan Simpan Batu Talam Raub

 

RAUB - Operasi tebang dan musnah ladang durian haram dalam Hutan Simpan Batu Talam di sini, berjalan lancar hari ini susulan kehadiran anggota polis daripada Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA).

Sebelum ini, provokasi melampau pekebun yang menceroboh hutan itu pada hari kedua operasi menyebabkan perasaan bimbang menghantui petugas yang terbabit dalam usaha tebang dan musnah tanaman itu.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Nor Azirim Ahmad, menyifatkan kehadiran lebih ramai anggota PGA mulai semalam, seolah-olah menyuntik semangat baharu kepada penebang dan petugas lain.

Beliau difahamkan, seramai 30 anggota PGA menyertai operasi itu mulai semalam dan hari ini seramai 30 lagi turut sama bergabung menjaga keselamatan petugas yang berada di dalam Hutan Simpan Batu Talam.

Katanya, anggota polis dan PGA turut mengadakan dua sekatan jalan raya (SJR) di laluan utama masuk ke kawasan terbabit, selain kawalan membabitkan jambatan konkrit yang sebelum ini dua kali dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya berharap operasi kini berjalan lancar tanpa sebarang gangguan mana-mana pihak dan provokasi oleh pihak tidak bertanggungjawab tidak berulang lagi.

"Hari ini juga kita menambah lebih 30 kakitangan JPNP daripada beberapa daerah untuk turut sama menyertai operasi musnah, menjadi kira-kira 65 petugas yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan penebang," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Nor Azirim yang turut menyertai operasi itu, berkata kehadiran anggota Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP) melancarkan lagi aktiviti menebang pokok durian kerana mereka berkemahiran tinggi dan mempunyai lebih kelengkapan.

Beliau berkata, pihaknya berharap operasi musnah kebun durian Musang King yang ditanam secara haram dalam Hutan Simpan Batu Talam seluas kira-kira 101 hektar dapat diselesaikan secepat mungkin lebih awal yang tetapkan sebelum ini. #sumber



Demikianlah Artikel Kawalan PGA Lancar "Operasi Tebang", Musnah Ladang Durian Hutan Simpan Batu Talam Raub

Sekianlah artikel Kawalan PGA Lancar "Operasi Tebang", Musnah Ladang Durian Hutan Simpan Batu Talam Raub kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kawalan PGA Lancar "Operasi Tebang", Musnah Ladang Durian Hutan Simpan Batu Talam Raub dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/07/kawalan-pga-lancar-operasi-tebang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kawalan PGA Lancar "Operasi Tebang", Musnah Ladang Durian Hutan Simpan Batu Talam Raub"

Catat Ulasan

Loading...