Judul : Kenderaan 4X4 Membawa Vaksin Covid-19 Ke Klinik Kesihatan Chini Terbabas Langgar Babi !
link : Kenderaan 4X4 Membawa Vaksin Covid-19 Ke Klinik Kesihatan Chini Terbabas Langgar Babi !
Kenderaan 4X4 Membawa Vaksin Covid-19 Ke Klinik Kesihatan Chini Terbabas Langgar Babi !
KUANTAN - Sebuah kenderaan pacuan empat roda milik Jabatan Kesihatan Daerah Pekan terbabas ketika dalam perjalanan menghantar bekalan vaksin ke Klinik Kesihatan Chini di Pekan akibat terlanggar babi, kira-kira jam 9 pagi, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, bagaimanapun pemandu kenderaan itu yang berusia 46 tahun dan seorang pegawai farmasi berusia 39 tahun tidak cedera dalam kemalangan di Kilometer 10 Jalan Pekan-Batu Balik itu.
"Ketika kejadian, kenderaan pacuan empat roda berkenaan diiringi kereta peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan menghala ke Klinik Kesihatan Chini untuk menghantar bekalan vaksin Covid-19.
"Kenderaan terbabit mengalami kerosakan pada bahagian hadapan dan tepi dan sudah dihantar ke unit kenderaan Jabatan bagi tujuan pemeriksaan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Pada malam Sabtu, tular satu rakaman video di laman sosial mengenai kenderaan dinaiki petugas kesihatan terbabas selepas melanggar seekor babi melintas.
Demikianlah Artikel Kenderaan 4X4 Membawa Vaksin Covid-19 Ke Klinik Kesihatan Chini Terbabas Langgar Babi !
Anda sekarang membaca artikel Kenderaan 4X4 Membawa Vaksin Covid-19 Ke Klinik Kesihatan Chini Terbabas Langgar Babi ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/07/kenderaan-4x4-membawa-vaksin-covid-19.html

0 Response to "Kenderaan 4X4 Membawa Vaksin Covid-19 Ke Klinik Kesihatan Chini Terbabas Langgar Babi !"
Catat Ulasan