Loading...

Kes Meningkat, Kerajaan Memutuskan Negeri Pulau Pinang Dan Pahang Kekal Fasa Dua PPN

Loading...
Kes Meningkat, Kerajaan Memutuskan Negeri Pulau Pinang Dan Pahang Kekal Fasa Dua PPN - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes Meningkat, Kerajaan Memutuskan Negeri Pulau Pinang Dan Pahang Kekal Fasa Dua PPN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes Meningkat, Kerajaan Memutuskan Negeri Pulau Pinang Dan Pahang Kekal Fasa Dua PPN
link : Kes Meningkat, Kerajaan Memutuskan Negeri Pulau Pinang Dan Pahang Kekal Fasa Dua PPN

Baca juga


Kes Meningkat, Kerajaan Memutuskan Negeri Pulau Pinang Dan Pahang Kekal Fasa Dua PPN

KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan negeri dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) termasuk Pahang dan Pulau Pinang kekal berada dalam Fasa Dua dan tidak akan kembali ke Fasa Satu walaupun kes jangkitan baharu COVID-19 meningkat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kerajaan memutuskan jika ada peningkatan jangkitan COVID-19, pendekatan kawalan secara bersasar akan dilaksanakan.

"Sekiranya angka jangkitan COVID-19 di negeri yang telah beralih fasa adalah tinggi, hanya lokasi atau kawasan tertentu akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan bukannya seluruh negeri," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), hari ini.

Hadir sama, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Hari ini sebanyak 376 kes baharu jangkitan COVID-19 direkodkan di Pulau Pinang manakala di Pahang sebanyak 382 kes.

Lapan negeri telah beralih ke Fasa Dua PPN setakat ini iaitu Perlis, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Sementara itu menjelaskan mengenai pemantauan kesan sampingan atau kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI), Dr Adham berkata, sejak mulanya PICK hingga 14 Julai lalu sebanyak 11,656,905 dos vaksin COVID-19 telah diberikan dengan 19.0 respon kendiri bagi setiap 1,000 dos telah diterima melalui aplikasi MySejahtera bagi kategori kesan biasa dan minor.

Kesakitan pada tempat suntikan, sakit kepala dan keletihan adalah antara kesan sampingan yang sering dialami oleh penerima vaksin.

"Berdasarkan pelaporan sedia ada melalui sistem pemantauan AEFI BahagianRegulatori Negara (NPRA), sebanyak 1.12 laporan diterima bagi setiap 1,000 dos.

"Daripada pelaporan ini, hanya 0.06 bagi setiap 1,000 dos vaksin yang diklasifikasi sebagai serius yang memerlukan rawatan lanjut dan kemasukan ke hospital," katanya.

Mengulas lanjut, katanya sebilangan besar kes itu hanya memerlukan kemasukan jangka pendek ke hospital dan sudah pun dikeluarkan selepas pemerhatian dan rawatan yang sesuai diberikan.

Ditanya mengenai pelepasan untuk penerima dua dos vaksin, katanya perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Perkara itu sudah diperincikan dan akan dimaklumkan sedikit masa lagi," katanya

Mengulas suntikan vaksin untuk pelajar Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) katanya, pelajar STPM berusia 18 tahun sudah dibenarkan menerima suntikan.

"Kementerian Kesihatan masih menunggu ujian keradangan jantung atau Myocarditis dan Pericarditis sebelum membenarkan remaja bawah 17 tahun termasuk calon SPM menerima vaksin COVID-17," katanya. #sumber




Demikianlah Artikel Kes Meningkat, Kerajaan Memutuskan Negeri Pulau Pinang Dan Pahang Kekal Fasa Dua PPN

Sekianlah artikel Kes Meningkat, Kerajaan Memutuskan Negeri Pulau Pinang Dan Pahang Kekal Fasa Dua PPN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes Meningkat, Kerajaan Memutuskan Negeri Pulau Pinang Dan Pahang Kekal Fasa Dua PPN dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/07/kes-meningkat-kerajaan-memutuskan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kes Meningkat, Kerajaan Memutuskan Negeri Pulau Pinang Dan Pahang Kekal Fasa Dua PPN"

Catat Ulasan

Loading...