Loading...

Lelaki 'Di Tahan' Peguat Kuasa SWCorp, Lupus Kulit Durian Secara Haram Di Lokasi Larangan

Loading...
Lelaki 'Di Tahan' Peguat Kuasa SWCorp, Lupus Kulit Durian Secara Haram Di Lokasi Larangan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki 'Di Tahan' Peguat Kuasa SWCorp, Lupus Kulit Durian Secara Haram Di Lokasi Larangan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki 'Di Tahan' Peguat Kuasa SWCorp, Lupus Kulit Durian Secara Haram Di Lokasi Larangan
link : Lelaki 'Di Tahan' Peguat Kuasa SWCorp, Lupus Kulit Durian Secara Haram Di Lokasi Larangan

Baca juga


Lelaki 'Di Tahan' Peguat Kuasa SWCorp, Lupus Kulit Durian Secara Haram Di Lokasi Larangan

KUANTAN - Tindakan seorang lelaki membuang kulit durian secara haram menerima padah apabila ditahan penguat kuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Raub di jalan persendirian dekat perkuburan Sempam di Cheroh, Raub, semalam.

Pengarah SWCorp Pahang, Sharudin Hamid, berkata lelaki berumur 40-an itu ditahan dalam operasi penguatkuasaan sampah haram membabitkan sisa kulit durian selepas menerima maklumat orang awam pada jam 3 petang.

Katanya, berdasarkan maklumat itu, penguat kuasa SWCorp menahan pikap digunakan suspek kerana disyaki melonggok dan melupuskan sisa kulit durian di tempat tidak dibenarkan iaitu kawasan persendirian bersebelahan perkuburan Sempam.

"Perbuatan itu adalah menyalahi Seksyen 71 (1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), yang sabit kesalahan boleh didenda di antara RM10,000 hingga RM100,000 atau penjara di antara enam bulan hingga lima tahun," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sharudin berkata, siasatan awal mendapati kira-kira satu tan sisa kulit durian sudah dibuang di kawasan terbabit, yang turut dilakukan individu lain yang melakukan perbuatan sama,.

Katanya, setakat ini, sepasukan penguat kausa SWCorp mengadakan operasi mengesan kawasan yang dijadikan tempat pembuangan sisa kulit durian.

"Dengan tindakan yang dikenakan terhadap suspek itu diharap memberi pengajaran kepada individu lain untuk tidak melakukan perbuatan sama.

"Oleh itu kita meminta kerjasama orang ramai yang melihat perbuatan terbabit supaya melaporkan kepada SWCorp untuk tindakan.

"Kita tidak mahu kawasan persendirian dijadikan tempat pembuangan sisa kulit durian hingga mengundang pencemaran terutama bau busuk," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Lelaki 'Di Tahan' Peguat Kuasa SWCorp, Lupus Kulit Durian Secara Haram Di Lokasi Larangan

Sekianlah artikel Lelaki 'Di Tahan' Peguat Kuasa SWCorp, Lupus Kulit Durian Secara Haram Di Lokasi Larangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki 'Di Tahan' Peguat Kuasa SWCorp, Lupus Kulit Durian Secara Haram Di Lokasi Larangan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/07/lelaki-di-tahan-peguat-kuasa-swcorp.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Lelaki 'Di Tahan' Peguat Kuasa SWCorp, Lupus Kulit Durian Secara Haram Di Lokasi Larangan"

Catat Ulasan

Loading...