Loading...

Misi Bantuan Ebit Lew Di Arah Berpatah Balik, Gagal Kemuka Surat Kelulusan Daripada PKOB

Loading...
Misi Bantuan Ebit Lew Di Arah Berpatah Balik, Gagal Kemuka Surat Kelulusan Daripada PKOB - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Misi Bantuan Ebit Lew Di Arah Berpatah Balik, Gagal Kemuka Surat Kelulusan Daripada PKOB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Misi Bantuan Ebit Lew Di Arah Berpatah Balik, Gagal Kemuka Surat Kelulusan Daripada PKOB
link : Misi Bantuan Ebit Lew Di Arah Berpatah Balik, Gagal Kemuka Surat Kelulusan Daripada PKOB

Baca juga


Misi Bantuan Ebit Lew Di Arah Berpatah Balik, Gagal Kemuka Surat Kelulusan Daripada PKOB

 

BENTONG - Tiga lori yang membawa bantuan misi kemanusiaan daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew diarah berpatah balik ketika melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) di Plaza Tol Bentong di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, tiga lori berkenaan diarah berpatah balik kerana gagal mengemukakan surat kelulusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, tiga lori tersebut yang menuju ke Kuantan, Terengganu dan Kelantan tidak dikenakan kompaun sebaliknya hanya diarah berpatah balik.

“Apabila kita tanya ada atau tidak surat kebenaran dia (pemandu) kata tidak ada kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, jadi kami tidak benarkan lori tersebut masuk.

“Kita hendak mengekang penularan Covid-19 daripada luar ke Pahang seperti mana pernah berlaku semasa bantuan banjir, itulah sebab kerajaan Pahang ambil iktibar apa yang berlaku,” katanya di sini hari ini.

Dalam laman Facebooknya pada Isnin lalu, Ebit Lew memaklumkan sebanyak 10 lori bantuan keperluan asas akan bergerak ke seluruh negara.

Zaiham berkata, kerajaan negeri telah menetapkan bahawa sebarang bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu ditransitkan di khemah transit yang disediakan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Bentong.

Jelasnya, jika perlu dihantar ke lokasi tertentu ia perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau PKOB daerah.

Dalam pada itu katanya, sehingga pukul 1 tengah hari semalam pihak polis melakukan pemeriksaan ke atas kira-kira 780 buah kenderaan yang memasuki daerah ini di SJR Plaza Tol Bentong.

Tambahnya, daripada semalam sehingga pukul 4.53 petang hari ini sebanyak 53 buah kenderaan diarahkan berpatah balik oleh anggota berugas.

“Ia kerana tujuan pergerakan tidak munasabah menggunakan surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Misi Bantuan Ebit Lew Di Arah Berpatah Balik, Gagal Kemuka Surat Kelulusan Daripada PKOB

Sekianlah artikel Misi Bantuan Ebit Lew Di Arah Berpatah Balik, Gagal Kemuka Surat Kelulusan Daripada PKOB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Misi Bantuan Ebit Lew Di Arah Berpatah Balik, Gagal Kemuka Surat Kelulusan Daripada PKOB dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/07/misi-bantuan-ebit-lew-di-arah-berpatah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Misi Bantuan Ebit Lew Di Arah Berpatah Balik, Gagal Kemuka Surat Kelulusan Daripada PKOB"

Catat Ulasan

Loading...