Loading...

Musang King: Kenapa Hanya Di Salahkan DAP, Sedangkan MCA 35 Tahun Berkuasa Di Raub !

Loading...
Musang King: Kenapa Hanya Di Salahkan DAP, Sedangkan MCA 35 Tahun Berkuasa Di Raub ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Musang King: Kenapa Hanya Di Salahkan DAP, Sedangkan MCA 35 Tahun Berkuasa Di Raub !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Musang King: Kenapa Hanya Di Salahkan DAP, Sedangkan MCA 35 Tahun Berkuasa Di Raub !
link : Musang King: Kenapa Hanya Di Salahkan DAP, Sedangkan MCA 35 Tahun Berkuasa Di Raub !

Baca juga


Musang King: Kenapa Hanya Di Salahkan DAP, Sedangkan MCA 35 Tahun Berkuasa Di Raub !

RAUB - Aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini mendakwa isu pencerobohan  tanah haram untuk penanaman durian 'Musang King' tidak wajar terus dipolitikkan oleh pihak tertentu, hingga terus menyalahkan Parti Tindakan Demokratik Rakyat (DAP) sepenuhnya atas pencerobohan tanah yang berlaku.

Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail dengan tegas pada satu kenyataan tidak mahu tindakan menghalang pekebun dan menebang pokok durian musang king itu dipolitikkan hingga menjadi isu perkauman. 

"Saya hairan, kenapa pihak berkenaan terus menyerang DAP dalam isu ini. Seolah-olah Cina yang menanam durian Musang King di Raub itu semuanya adalah penyokong DAP"

"DAP hanya berkuasa di Parlimen raub selepas calon mereka Dato' Ariff Sabri Abd Aziz menang pada PRU-13. Kemudian pada PRU-14 pula Tengku Zulpuri Tengku Puji pula menang dan berjaya mengekallan kerusi parlimen itu untuk dua penggal berturut-turut, bermula pada tahun 2013 hingga sekarang (7 tahun)"

"Sedangkan isu pencerobohan tanah haram kerajaan oleh pekebun  'Musang King' ini dilaporkan telah bermula sejak awal tahun 70 an lagi. Siapa yang berkuasa di Parlimen Raub ketika itu? Mengikut rekod suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerusi parlimen itu dikuasai oleh Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama"

"Malah MCA telah menjadi wakil rakyat Raub sejak 1978 hingga 2013, iaitu untuk tempoh 35 tahun lamanya. Kenapa DAP yang baru 7 tahun itu harus dipersalahkan 100%?. Kenapa mereka tidak langsung salahkan MCA? Apakah kerana MCA itu parti komponen BN yang dipimpin oleh UMNO?," dakwa Shukri.

Sementara itu beliau turut mendedahkan, mereka yang terlibat dalam isu "Mudang King" bukan semuanya berbangsa Cina. Katanya ada ramai juga orang Melayu yang terlibat terutamanya peserta RPS Sungai Chalit yang merupakan penyokong kuat UMNO Barisan Nasional sejak sekian lama.

"Kenapa sebahagian orang Melayu yang terlibat ini tidak disedari dan didedahkan? Kenapa hanya menfokuskan kepada pekebun bangsa Cina sahaja dan mengaitkan DAP sebagai dalang di sebalik pencerobohan ini. Sedarkan MCA telah berkuasa puluhan tahun di Parlimen Raub. Adakah mereka yang berhimpun semalam mengkaji statistik ini atau sekadar berhimpun dengan emosi politik kerana kerusi Parlimen Raub dimenangi oleh DAP pada PRU-14 lalu?. Jika begitu situasinya, siapa yang mahu membela nasib bangsa Melayu yang turut menjadi mangsa isu ini?," dakwa Shukri lagi.

Menurutnya, hal ehwal berkaitan hutan dan tanah adalah dibawah pentadbiran kerajaan negeri sebenarnya. Maka itu katanya, jika puluhan tahun pencerobohan haram ini dibiarkan tanpa sebarang tindakan ia bermakna  Kerajaan Negeri Pahang sendiri telah gagal dalam urusan pentadbiran akibat maklumat yang dissmbunyikan oleh mereka yang khianat dan bersekongkol dengan isu ini.

"Sepatutnya Kerajaan Negeri Pahang mendapat maklumat tepat daripada pemimpin di Raub tentang aktiviti pencerobohan ini. Bukankah salah seorang pemimpin politik Raub juga lama berada dalam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang. Apakah beliau tiada langsung maklumat tentang pencerobohan ini? Siapa yang sepatutnya melaporkan kepada beliau selaku Ketua UMNO Bahagian Raub dan Exco Kerajaaan Negeri? Pemimpin setempat seperti Penghulu, Tok Empat, Pegawai Daerah, Yang Di Pertua Majlis dan sebagainya. Takkanlah tiada langsung laporan atau aduan yang diterima,  boleh dibawa dalam mesyuarat MMK setiap hari Rabu di Wisma Sri Pahang?"

"Kenapa baru sekarang nak sedar ada pencerobohan? Bukan seekar dua tapi 11,000 ekar hutan yang diceroboh. Mana pergi Jabatan Perhutanan Raub, Majlis Daerah Raub, Jabatan Pertanian Raub, Jabatan Tanah Dan Daerah Raub serta lain-lain agensi berkenaan selama ini? Jika tiada laporan, bermakna isu ini sengaja disembunyikan oleh pihak tertentu terutamanya yang kuasa di Raub. Mereka ini mungkin bersekongkol dan menerima habuan atas industri durian 'Musang King' yang menguntungkan itu"

"Mereka semua harus dipertanggungjawabkan walau pun sudah bersara dari perkhidmatan. Mereka sanggup tutup mulut dan mata tanpa melaporkan pencerobohan ini kepada pihak atasan. Maknanya mereka khianat kepada tanggungjawab dan memperdayakan Kerajaan Negeri Pahang ketika itu. Mujurlah ada Menteri Besar, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail yang prihatin dan mendedahkan isu ini. Jika tidak pasti kita hanya tau Raub popular dengan Musang King dan tidak tahu ia ditanam secara haram tanpa sebarang tindakan oleh pihak berkuasa selama ini," kata Shukri.

Justeru, sebagai aktivis bebas dan tidak cenderung kepada mana-mana parti politik beliau berharap semua pihak jangan hanya menyalahkan DAP semata-mata, walhal penglibatan MCA dan lain-lain komponen BN juga harus didedahkan.

"Jika tiada penglibatan pihak berkuasa, pasti isu ini dah lama terbongkar. DAP menang di Raub pada 2013. Kenapa ketika DAP menang di Parlimen Raub tujuh tahun lalu, isu ini tidak berbunyi. Selepas ada syarikat diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri Pahang barulah isu ini hangat. Bukankah syarikat yang diberi hak untuk mengambil alih kawasan yang diceroboh ini majoriti pegangan sahamnya juga dimiliki oleh bangsa Cina, bukan bangsa Melayu. Kenapa ia didiamkan, kenapa perlu ada syarikat dibawah Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) yang bukan milik Melayu diberi kuasa. Inilah yang menjadi kemarahan pihak yang terlibat," katanya lagi.

"Saya lihat dengan jelas pada daftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pemilik berdaftar adalah berbangsa Cina. Adakah mereka yang berhimpun semalam sedar perkara ini? Ini yang dikatakan 'terlepas mulut buaya, masuk mulut rimau'. Berilah kepada syarikat milik Bumiputera Melayu. Barulah rakyat tidak melihat isu ini dalam kontek yang mencurigakan. Kenapa nak salahkan DAP sedangkan yang ambil alih juga entah-entah Cina DAP. Sebab itu jangan bakar api perkauman sempit dalam isu ini. Mereka yang salah kerana menceroboh perlu di dakwa dan bawa ke muka  pengadilan, termasuk kakitangan jabatan berkaitan yang bersekongkol dengan pencerobohan ini walau pun sudah bersara. Musang berbulu ayam dan musang berjanggut ini perlu dihukum! ,"  katanya.

Justeru, beliau harap semua pihak faham dan hormat antara satu sama lain. Usahlah  cuba memburukkan keadaan. Biarlah kerajaan menentukan tindakan yang harus diambil dengan sebaik mungkin," dakwa Shukri.

"Difahamkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah  menjalankan siasatan sejak tahun lalu, namun setakat ini belum ada sesiapa yang ditangkap atau pun didakwa atas kesalahan rasuah dan pecah amanah dalam isu ini," kata Shukri lagi. #pahangdaily



Demikianlah Artikel Musang King: Kenapa Hanya Di Salahkan DAP, Sedangkan MCA 35 Tahun Berkuasa Di Raub !

Sekianlah artikel Musang King: Kenapa Hanya Di Salahkan DAP, Sedangkan MCA 35 Tahun Berkuasa Di Raub ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Musang King: Kenapa Hanya Di Salahkan DAP, Sedangkan MCA 35 Tahun Berkuasa Di Raub ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/07/musang-king-kenapa-hanya-di-salahkan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Musang King: Kenapa Hanya Di Salahkan DAP, Sedangkan MCA 35 Tahun Berkuasa Di Raub !"

Catat Ulasan

Loading...