Loading...

Najib Persoal Parlimen Di Tangguh Selepas Kes Covid-19 Di Kesan, Sedangkan PPV Terus Buka

Loading...
Najib Persoal Parlimen Di Tangguh Selepas Kes Covid-19 Di Kesan, Sedangkan PPV Terus Buka - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib Persoal Parlimen Di Tangguh Selepas Kes Covid-19 Di Kesan, Sedangkan PPV Terus Buka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib Persoal Parlimen Di Tangguh Selepas Kes Covid-19 Di Kesan, Sedangkan PPV Terus Buka
link : Najib Persoal Parlimen Di Tangguh Selepas Kes Covid-19 Di Kesan, Sedangkan PPV Terus Buka

Baca juga


Najib Persoal Parlimen Di Tangguh Selepas Kes Covid-19 Di Kesan, Sedangkan PPV Terus Buka

 

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak, mempersoalkan penangguhan sidang Parlimen sehingga tarikh yang belum diumumkan kerana Covid-19, apabila cetusan jangkitan di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di Shah Alam mengakibatkannya ditutup hanya sehari.

“…Amat sukar bagi sesiapa untuk percaya bahawa PPV (Shah Alam) yang melibatkan puluhan ribu orang awam dibenarkan beroperasi semula hanya dua hari selepas 204 petugas dikesan positif tetapi Parlimen pula perlu ditutup bagi tempoh yang tidak lagi diketahui,” katanya dalam catatan di Facebook.

“Adakah kerajaan percaya bahawa nyawa 220 Ahli Parlimen lebih mahal berbanding ribuan orang awam yang lawat ke PPV Shah Alam tiap-tiap hari?”

PPV di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, ditutup sehari pada 13 Julai setelah 204 kes Covid-19 dikesan dalam kalangan petugas.

Sementara itu, 11 kes dikesan Kementerian Kesihatan (KKM) di Parlimen setelah 1,183 ujian dijalankan di sana pada Khamis.

Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin semalam mengeluarkan pekeliling kepada semua Ahli Parlimen yang memaklumkan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menangguhkan hari terakhir Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 Dewan Rakyat yang dijadual esok ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Katanya, penangguhan itu selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta penilaian risiko semasa yang dijalankan KKM susulan perkembangan terbaru penularan jangkitan Covid-19.

Ini berikutan Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa “amat dukacita” terhadap pengumuman pembatalan Ordinan Darurat pada 21 Julai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan pada hari pertama sidang khas Dewan Rakyat.

Kata Baginda, pembatalan berkenaan dibuat tanpa perkenan.

Awal hari ini, veteran DAP Lim Kit Siang menyeru agar perdana menteri menamatkan “lockdown” di Parlimen bagi membolehkan Ahli Parlimen menangani wabak Covid-19 yang memburuk dan “krisis perlembagaan utama” di Dewan Rakyat.

Dalam kenyataan, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, Muhyiddin tidak boleh menggunakan Covid-19 sebagai alasan untuk “menyekat demokrasi berparlimen” di Malaysia.

“Ini (penangguhan Parlimen) melambangkan kurangnya kredibiliti dan keabsahan (kerajaan), dan kegagalannya untuk mengawal wabak Covid-19,” kata Lim.

“Penutupan Parlimen pada Isnin bukan sahaja bertentangan dengan perlunya dasar dan strategi baharu untuk memerangi Covid-19 berdasarkan ‘Hidup dengan Covid’ dan bukan ‘Zero Covid’, tetapi juga penyalahgunaan kuasa secara terang-terangan.” #sumber



Demikianlah Artikel Najib Persoal Parlimen Di Tangguh Selepas Kes Covid-19 Di Kesan, Sedangkan PPV Terus Buka

Sekianlah artikel Najib Persoal Parlimen Di Tangguh Selepas Kes Covid-19 Di Kesan, Sedangkan PPV Terus Buka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib Persoal Parlimen Di Tangguh Selepas Kes Covid-19 Di Kesan, Sedangkan PPV Terus Buka dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/07/najib-persoal-parlimen-di-tangguh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Najib Persoal Parlimen Di Tangguh Selepas Kes Covid-19 Di Kesan, Sedangkan PPV Terus Buka"

Catat Ulasan

Loading...