Loading...

Pekebun Durian Tanam Musang King Secara Haram Dalam Kawasan Tadahan Air Di Raub

Loading...
Pekebun Durian Tanam Musang King Secara Haram Dalam Kawasan Tadahan Air Di Raub - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pekebun Durian Tanam Musang King Secara Haram Dalam Kawasan Tadahan Air Di Raub, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pekebun Durian Tanam Musang King Secara Haram Dalam Kawasan Tadahan Air Di Raub
link : Pekebun Durian Tanam Musang King Secara Haram Dalam Kawasan Tadahan Air Di Raub

Baca juga


Pekebun Durian Tanam Musang King Secara Haram Dalam Kawasan Tadahan Air Di Raub

 

RAUB - Kebun durian Musang King yang ditanam secara haram dalam Hutan Simpan Kekal Batu Talam meliputi kawasan tadahan air yang menjadi sumber air penduduk daerah ini.

Pegawai Pejabat Hutan Daerah Raub, Shahril Mohamad berkata, Hutan Simpan Kekal Batu Talam seluas 62,070 hektar sudah diwartakan sebagai kawasan hutan tadahan air pada 2002.

Beliau berkata, undang-undang sudah menetapkan sebarang aktiviti tidak dibenarkan dalam hutan simpan kekal dan individu yang ingin memasuki hutan simpan kekal juga perlu memiliki permit dikeluarkan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP).

Katanya, Operasi Pamah membabitkan kerja memusnahkan kira-kira 15,000 pokok durian Musang King yang sedang dijalankan jabatan itu di Hutan Simpan Kekal Batu Talam seluas kira-kira 101 hektar bertujuan bagi mengekalkan kelestarian kawasan tadahan air di daerah ini.

"Kepentingan mengekalkan kawasan tadahan air perlu diberi perhatian serius kerana ia membabitkan sumber air untuk kegunaan masyarakat setempat, semua pihak perlu memahami keperluan berkenaan.

"Tanpa sumber air yang mencukupi pengguna pasti akan menyalah kerajaan termasuk agensi berkaitan, justeru sebelum perkara buruk berlaku tindakan terbaik perlu dilakukan," katanya, dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata, Hutan Simpan Kekal Batu Talam membekalkan air kepada Sungai Sempam yang mengalir bertemu Sungai Liang dan membentuk Sungai Semantan, sumber air sungai berkenaan diproses di Loji Rawatan Air Semantan untuk kegunaan pengguna.

Shahril berkata, di daerah ini terdapat tujuh hutan simpan kekal yang diwartakan sebagai kawasan hutan tadahan air termasuk Hutan Simpan Kekal Batu Talam, Hutan Simpan Kekal Gunung Benom, Hutan Simpan Kekal Teranum, Hutan Simpan Kekal Sungai Sia, Hutan Simpan Kekal Rotan Tunggal dan Hutan Simpan Kekal Bukit Kajang.

Katanya, Pejabat Hutan Raub sentiasa bertindak tegas terhadap pihak menceroboh hutan simpan kekal di daerah ini, mereka yang menceroboh boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 47 Akta Perhutanan Negara (APN) 1984, sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM10,000 atau penjara tiga tahun atau keduanya sekali.

"Dalam tempoh enam bulan tahun ini, kita mengadakan dua operasi tidak termasuk Operasi Pamah yang sedang berjalan sekarang di Hutan Simpan Batu Talam.

"Kegiatan menceroboh hutan simpan kekal di daerah ini lebih tertumpu pada aktiviti pertanian dengan tanaman durian Musang King dan pisang serta beberapa jenis tanaman kontan lain," katanya yang akan terus berusaha bertindak tegas membanteras kegiatan menceroboh hutan simpan kekal di daerah ini. #sumber



Demikianlah Artikel Pekebun Durian Tanam Musang King Secara Haram Dalam Kawasan Tadahan Air Di Raub

Sekianlah artikel Pekebun Durian Tanam Musang King Secara Haram Dalam Kawasan Tadahan Air Di Raub kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pekebun Durian Tanam Musang King Secara Haram Dalam Kawasan Tadahan Air Di Raub dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/07/pekebun-durian-tanam-musang-king-secara.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pekebun Durian Tanam Musang King Secara Haram Dalam Kawasan Tadahan Air Di Raub"

Catat Ulasan

Loading...