Loading...

Pekebun Musang King Dakwa Kerajaan Negeri Pahang "Ingkar" Perintah Mahkamah Rayuan !

Loading...
Pekebun Musang King Dakwa Kerajaan Negeri Pahang "Ingkar" Perintah Mahkamah Rayuan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pekebun Musang King Dakwa Kerajaan Negeri Pahang "Ingkar" Perintah Mahkamah Rayuan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pekebun Musang King Dakwa Kerajaan Negeri Pahang "Ingkar" Perintah Mahkamah Rayuan !
link : Pekebun Musang King Dakwa Kerajaan Negeri Pahang "Ingkar" Perintah Mahkamah Rayuan !

Baca juga


Pekebun Musang King Dakwa Kerajaan Negeri Pahang "Ingkar" Perintah Mahkamah Rayuan !

 

RAUB - Kumpulan pekebun musang king di Raub mendakwa kerajaan negeri mengingkari perintah mahkamah kerana Hutan Simpan Kekal Batu Talam terletak di dalam Mukim Tras yang dilindungi di bawah perintah tersebut.

Pengerusi Save Musang King Alliance (Samka), Wilson Chang Yee Chin berkata, pada 5 Januari 2021, Mahkamah Rayuan telah memberikan perintah injunksi interim bagi melindungi 111 pekebun durian di Raub.

Katanya, perintah tersebut telah secara nyata melarang Pejabat Tanah Daerah Raub, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Kerajaan Negeri Pahang, Pihak Berkuasa Negeri Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd daripada mengambil tindakan terhadap kebun dan pekebun durian.

Oleh itu katanya, kerajaan Pahang dilarang untuk memusnahkan pokok durian ataupun menghentikan pekebun daripada memasuki kebun mereka.

"Tindakan penebangan pokok durian yang dijalankan oleh JPNP di Tras, Raub pada 3 dan 4 Julai 2021 adalah satu tindakan mengingkari perintah mahkamah.

"Kebun durian yang terlibat iaitu kawasan Hutan Simpanan Batu Talam terletak di bawah Mukim Tras yang dilindungi oleh perintah mahkamah.

"Maka tindakan kerajaan mengingkar perintah mahkamah dan mengambil tindakan terhadap pekebun di Hutan Simpanan Batu Talam adalah tidak sah di sisi undang-undang," katanya. 

Mengulas lanjut, Samka mengecam tindakan Kerajaan Pahang dan JPNP yang mengingkari perintah mahkamah dan ia mungkin terjumlah kepada kesalahan menghina mahkamah.

Menurutnya, tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh pihak kerajaan Pahang ini telah mencabar kedaulatan undang-undang di Malaysia, seterusnya membawa ancaman kepada doktrin pemisahan kuasa, dan bertentangan dengan semangat demokrasi.

"Samka menyatakan bahawa pekebun-pekebun durian tidak akan akur dan gentar akan tindakan kerajaan Pahang, malah akan mempertahankan hak-hak mereka yang dilindungi oleh undang-undang.

"Samka juga akan membawa kerajaan Pahang ke mahkamah atas kesalahan penghinaan mahkamah," katanya.

Tambahnya, Samka sekali lagi menegaskan bahawa pekebun-pekebun adalah secara terbuka hati dan bersedia untuk memberi kerjasama kepada kerajaan negeri bagi mencapai penyelesaian menang-menang.

Malangnya Yee Chin berkata, kerajaan Pahang bukan sahaja mengabaikan seruan pekebun-pekebun, malah mengancam dan menganiaya pekebun dengan tindakan penguatkuasaan. #sumber



Demikianlah Artikel Pekebun Musang King Dakwa Kerajaan Negeri Pahang "Ingkar" Perintah Mahkamah Rayuan !

Sekianlah artikel Pekebun Musang King Dakwa Kerajaan Negeri Pahang "Ingkar" Perintah Mahkamah Rayuan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pekebun Musang King Dakwa Kerajaan Negeri Pahang "Ingkar" Perintah Mahkamah Rayuan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/07/pekebun-musang-king-dakwa-kerajaan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pekebun Musang King Dakwa Kerajaan Negeri Pahang "Ingkar" Perintah Mahkamah Rayuan !"

Catat Ulasan

Loading...