Loading...

Pencemaran Sungai Di Keratong, Apa Yang JAS Pahang Telah 'Pantau', Pada 13 Disember 2020

Loading...
Pencemaran Sungai Di Keratong, Apa Yang JAS Pahang Telah 'Pantau', Pada 13 Disember 2020 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pencemaran Sungai Di Keratong, Apa Yang JAS Pahang Telah 'Pantau', Pada 13 Disember 2020, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pencemaran Sungai Di Keratong, Apa Yang JAS Pahang Telah 'Pantau', Pada 13 Disember 2020
link : Pencemaran Sungai Di Keratong, Apa Yang JAS Pahang Telah 'Pantau', Pada 13 Disember 2020

Baca juga


Pencemaran Sungai Di Keratong, Apa Yang JAS Pahang Telah 'Pantau', Pada 13 Disember 2020

 

KUANTAN - Aktivis alam sekitar, Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini mempersoalkan tindakan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang yang dilihat gagal memainkan peranan untuk memastikan tahap Standard Operating Procedur (SOP) kilang kelapa sawit di Ulu Keratong. 

Akibat kegagalan tersebut, telah menyebabkan lebih 11,000 pemilik akaun Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dihantui masalah gangguan bekalan air sekarang ini. 

Menulis di posting terbaharu blognya https://ift.tt/2B4clj3 hari ini, JAS Rompin dipercayai sudah pun melakukan  siasatan terhadap kilang yang melepaskan air hitam ke Sungai Keratong pada 13 Disember 2020 yang lalu. 

Info lanjut klik pada link di sini

"Namun selang tujuh bulan dari tarikh tersebut rakyat di Keratong telah ditimpa  musibah, kini menderita sudah lebih seminggu ketiadaan air sekarang ini.  Ia gara-gara air hitam akibat kolam effluen yang didakwa runtuh di kilang terbabit telah pun mengalir ke dalam Sungai Pukin," kata kenyataannya.

Info lanjut sila klik pada link berikut di  sini 

Timbul persoalan,  JAS mendakwa pihak kilang tidak dibenarkan beroperasi sehingga kolam itu dibaiki sepenuhnya.  Malah, JAS Pahang akan pantau kerja-kerja pembaikan kolam effluen itu. Namun, hasilnya kolam itu sekali lagi runtuh dan menyusahkan penduduk setempat.

"Apa yang dipantau oleh JAS Pahang agaknya? Sebenarnya banyak isu alam sekitar yang kini berlaku di Pahang,  kreadibiliti JAS menjadi tanda tanya. Ini kerana, ada kes apabila ada pihak yang membuat aduan berkaitan isu pencemaran daripada aktibiti kilang, tiba-tiba pihak kilang terbabit pula telah menghubungi dan memberi amaran kepada pengadu. Ini jelas menunjukkan, ada unsur pecah maklumat dan orang dalam yang bocorkan rahsia kepada pemilik kilang berkenaan sebenarnya.

"Saya pernah perjuangkan satu isu berkaitan isu pencemaran di Pahang. Saya terkejut apabila pengadu mendakwa beliau dihubungi pihak kilang, sedangkan aduan di buat kepada JAS Pahang. Beliau kemudian diugut dan mahu di ambil tindakan gara-gara mengganggu aktiviti kilang berkenaan yang dipercayai beroperasi secara haram. Apa tindakan JAS Pahang?? Sama juga pantau dan operasi tetap berjalan seperti biasa hingga menerima bantahan dari kalangan penduduk setempat," katanya lagi.

Beliau turut mengesyaki kaedah "pantau"  yang sama dilakukan oleh JAS Rompin terhadap kilang sawit terbabit.

"Inilah yang menjadi punca masalah kepada sebahagian besar penduduk apabila masalah bekalan air terjejas. JAS Pahang harus bertanggungjawab atas insiden yang  berlaku ini. Kenapa kilang boleh beroperasi, sedangkan SOP yang patut diikuti mungkin tidak dilaksanakan sebaiknya.

"Akhirnya kolam effluen itu runtuh dan ramai penduduk yang terjejas apabila loji bekalan air di kawasan terbabit turut terlibat. Jika begini cara kerja JAS Pahang, saya merasakan bagai ada sesuatu yang tidak kena terhadap operasi kilang terbabit," tambah belaiau lagi. #PahangDaily


Demikianlah Artikel Pencemaran Sungai Di Keratong, Apa Yang JAS Pahang Telah 'Pantau', Pada 13 Disember 2020

Sekianlah artikel Pencemaran Sungai Di Keratong, Apa Yang JAS Pahang Telah 'Pantau', Pada 13 Disember 2020 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pencemaran Sungai Di Keratong, Apa Yang JAS Pahang Telah 'Pantau', Pada 13 Disember 2020 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/07/pencemaran-sungai-di-keratong-apa-yang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pencemaran Sungai Di Keratong, Apa Yang JAS Pahang Telah 'Pantau', Pada 13 Disember 2020"

Catat Ulasan

Loading...