Loading...

PKR Terbuka Untuk "Berkerjasama" Dengan Sesiapa Sekali Pun, Asalkan Anwar Jadi PM !

Loading...
PKR Terbuka Untuk "Berkerjasama" Dengan Sesiapa Sekali Pun, Asalkan Anwar Jadi PM ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR Terbuka Untuk "Berkerjasama" Dengan Sesiapa Sekali Pun, Asalkan Anwar Jadi PM !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR Terbuka Untuk "Berkerjasama" Dengan Sesiapa Sekali Pun, Asalkan Anwar Jadi PM !
link : PKR Terbuka Untuk "Berkerjasama" Dengan Sesiapa Sekali Pun, Asalkan Anwar Jadi PM !

Baca juga


PKR Terbuka Untuk "Berkerjasama" Dengan Sesiapa Sekali Pun, Asalkan Anwar Jadi PM !

 

KUALA LUMPUR  –Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa Parti Keadilan Rakyat (PKR) terbuka menerima mana-mana parti untuk menyertai “khemah besar” Pakatan Harapan (PH) termasuk parti Pejuang pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan satu syarat utama iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai calon Perdana Menteri.

Setiausahanya, Ahmad Syukri Abd Razab berkata, penerimaan itu adalah selaras dengan keputusan pemukiman PH sebelum ini yang melancarkan konsep “khemah besar” untuk menerima parti politik yang boleh menjunjung prinsip dan dasar perjuangan gabungan itu.

“Sesiapapun Pejuang ke, UMNO ke, mana-mana parti kalau sanggup terima konsep asas PH, saya rasa tidak ada masalah untuk bekerjasama, antara syaratnya PH sepakat kekal menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri, jika PH menang Putrajaya, itu prinsip yang tak boleh dikompromi.

“Kalau Mahathir dan Pejuang boleh menerima pakai prinsip ini dan menjadi rakan jujur, ikhlas, kenapa tidak untuk (kita) mengatakan selamat datang Tun Mahathir,” katanya memetik FMT ketika ditanya mengenai kesediaan untuk bekerjasama sekali lagi dengan parti pimpinan Mahathir yang baru diluluskan pendaftarannya.

Syukri bagaimanapun berkata, dari sudut lain khususnya dalam PKR, kerjasama dengan Mahathir perlu difikir secara mendalam mengambil kira penerimaan akar umbi yang sebelum ini berdepan pelbagai pengalaman hitam bersama Ahli Parlimen Langkawi itu ketika menerajui kerajaan PH sebagai perdana menteri selama 22 bulan.


“Banyak perkara dicetuskan beliau (Mahathir) akhirnya menyusahkan PH menjawab kepada rakyat. Contohnya beliau kata manifesto bukan kitab, mengangkat pengkhianat dalam PKR sebagai pemimpin kanan dalam kerajaan, jadi perkara itu tak mudah bagi ahli PKR menerima Mahathir sebagai rakan.

“Di peringkat PH tidak ada masalah sebab kita bersetuju dengan dasar ‘khemah besar’, terima kerjasama dengan sesiapa. Tapi di peringkat PKR sebelum buka “khemah besar” perlu dinilai pucuk pimpinan apakah penerimaan Mahathir akan perkuat gabungan atau menyebabkan kucar kacir,” katanya.

Pejuang secara rasminya didaftarkan sebagai parti politik 8 Julai lalu dan kelulusan pendaftarannya diberikan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Ketika ini, parti itu mempunyai empat Ahli Parlimen dan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Kerajaan PH yang diterajui Bersatu, PKR, Amanah, DAP dan Warisan tumbang Februari tahun lalu selepas Mahathir bertindak meletak jawatan sebagai perdana menteri selepas Bersatu umum keluar daripada gabungan itu. #sumber



Demikianlah Artikel PKR Terbuka Untuk "Berkerjasama" Dengan Sesiapa Sekali Pun, Asalkan Anwar Jadi PM !

Sekianlah artikel PKR Terbuka Untuk "Berkerjasama" Dengan Sesiapa Sekali Pun, Asalkan Anwar Jadi PM ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKR Terbuka Untuk "Berkerjasama" Dengan Sesiapa Sekali Pun, Asalkan Anwar Jadi PM ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/07/pkr-terbuka-untuk-berkerjasama-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PKR Terbuka Untuk "Berkerjasama" Dengan Sesiapa Sekali Pun, Asalkan Anwar Jadi PM !"

Catat Ulasan

Loading...