Loading...

Polis Tidak Halang Untuk Kibar Bendera Putih, Laporan 13 Keluarga "Di Halang" Tidak Benar !

Loading...
Polis Tidak Halang Untuk Kibar Bendera Putih, Laporan 13 Keluarga "Di Halang" Tidak Benar ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Tidak Halang Untuk Kibar Bendera Putih, Laporan 13 Keluarga "Di Halang" Tidak Benar !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Tidak Halang Untuk Kibar Bendera Putih, Laporan 13 Keluarga "Di Halang" Tidak Benar !
link : Polis Tidak Halang Untuk Kibar Bendera Putih, Laporan 13 Keluarga "Di Halang" Tidak Benar !

Baca juga


Polis Tidak Halang Untuk Kibar Bendera Putih, Laporan 13 Keluarga "Di Halang" Tidak Benar !

 

KUANTAN - Berita mengenai pihak polis menghalang 13 keluarga di Bukit Setongkol daripada mengibarkan bendera putih semalam adalah tidak benar.

Ketua Polis Pahang,  YDH CP Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, laporan yang dikeluarkan tersebut adalah kurang tepat.

“Laporan itu agak kurang tepat. Polis tidak mengugut. Apa yang berlaku waktu itu, seperti dilaporkan KPD (Ketua Polis Daerah) Kuantan adalah kerana individu itu meletakkan bendera di tiang elektrik.

“Polis tiada halangan untuk bendera putih dikibarkan, kerana tidak ada dalam mana-mana peruntukan undang-undang atau SOP yang menyatakan perbuatan itu satu pelanggaran undang-undang setakat ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak polis tidak ada halangan untuk orang ramai mengibarkan bendera putih di mana-mana kawasan tetapi kemungkinan nasihat yang diberikan oleh pihak polis diterima sebaliknya oleh penduduk berkenaan.

“Tidak ada halangan daripada pihak polis sebenarnya. Kecuali mungkin dalam pada nasihat itu diterima sebaliknya.

“Saya telah mengarahkan supaya tidak ada apa-apa tindakan dibuat sekiranya bendera putih ini dikibarkan di tempat-tempat sepatutnya. Of course kalau menghalang lalulintas dan sebagainya ia adalah satu kesalahan. Tapi untuk tujuan mengibarkannya dan tidak menghalang dan sebagainya, tiada apa-apa halangan,” katanya.

Sebelum ini, telah tular berita mengenai “Mengangkat Bendera Putih Suatu Kesalahan” berkaitan sebuah keluarga yang mengangkat bendera putih sebagai tanda memerlukan bantuan di Jalan Bukit Setongkol yang mendakwa didatangi pihak polis dan pemimpin setempat yang memaksa mereka menurunkan bendera tersebut.

Penduduk mendakwa pihak berkuasa mengatakan tindakan penduduk mengibarkan bendera putih tersebut adalah satu kesalahan dan saman boleh dikeluarkan jika bendera yang dipasang gagal diturunkan.

Video kejadian itu tular di laman sosial selepas dimuat naik pengguna Facebook hingga mendapat pelbagai reaksi netizen. #sumber



Demikianlah Artikel Polis Tidak Halang Untuk Kibar Bendera Putih, Laporan 13 Keluarga "Di Halang" Tidak Benar !

Sekianlah artikel Polis Tidak Halang Untuk Kibar Bendera Putih, Laporan 13 Keluarga "Di Halang" Tidak Benar ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Tidak Halang Untuk Kibar Bendera Putih, Laporan 13 Keluarga "Di Halang" Tidak Benar ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/07/polis-tidak-halang-untuk-kibar-bendera.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Polis Tidak Halang Untuk Kibar Bendera Putih, Laporan 13 Keluarga "Di Halang" Tidak Benar !"

Catat Ulasan

Loading...