Loading...

Punca Pencemaran Di Sungai Pukin, Disebakan Oleh Kolam Sisa Rawatan Kelapa Sawit Runtuh

Loading...
Punca Pencemaran Di Sungai Pukin, Disebakan Oleh Kolam Sisa Rawatan Kelapa Sawit Runtuh - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Punca Pencemaran Di Sungai Pukin, Disebakan Oleh Kolam Sisa Rawatan Kelapa Sawit Runtuh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Punca Pencemaran Di Sungai Pukin, Disebakan Oleh Kolam Sisa Rawatan Kelapa Sawit Runtuh
link : Punca Pencemaran Di Sungai Pukin, Disebakan Oleh Kolam Sisa Rawatan Kelapa Sawit Runtuh

Baca juga


Punca Pencemaran Di Sungai Pukin, Disebakan Oleh Kolam Sisa Rawatan Kelapa Sawit Runtuh

ROMPIN - Sisa rawatan kelapa sawit dari sebuah kilang di Ulu Keratong, dekat sini, dipercayai menjadi punca kepada pencemaran di Sungai Pukin.

Pegawai Daerah Rompin Ahmad Nasim Mohd Sidek berkata, kejadian berpunca apabila salah satu tebing kolam rawatan sisa sawit disedari runtuh pada Selasa lalu, menyebabkan sisa itu mengalir ke alur sungai.

Beliau berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengarahkan pihak kilang menghentikan operasi serta-merta, malah tindakan membaik pulih tebing itu dilakukan pada hari sama.

"Kita menerima aduan sungai berkenaan mula berbau sebelum JAS dan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) melakukan pemeriksaan dan mendapati ia berpunca daripada kilang berkenaan.

"Pencemaran itu dimaklumkan berlaku kira-kira 20 kilometer (km), bagaimanapun keadaan mula baik apabila kualiti air hampir 5 km dari alur sungai kembali normal," katanya kepada pemberita selepas menerima taklimat daripada JAS dan meninjau lokasi kejadian, di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Muadzam Shah Razali Kassim dan Adun Bukit Ibam Datin Samsiah Arshad.

Beliau berkata, kejadian berkenaan turut menyebabkan lebih 11,000 pemilik akaun PAIP menghadapi gangguan bekalan air.

"Saya dimaklumkan PAIP dan pihak kilang telah menghantar bekalan air bersih kepada pengguna yang terjejas dan kita jangkakan perkara ini akan pulih dalam masa terdekat," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Nasim berkata, pihaknya memandang serius isu pencemaran sungai dengan tindakan tegas akan dikenakan kepada pihak yang terbabit.

"Denda maksimum boleh dikenakan kepada mereka setelah keputusan hasil siasatan menyeluruh selesai kelak dan kami akan mengambil tindakan proaktif dengan mengadakan rundingan dengan kilang-kilang lain di kawasan ini supaya insiden yang sama tidak berulang," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Punca Pencemaran Di Sungai Pukin, Disebakan Oleh Kolam Sisa Rawatan Kelapa Sawit Runtuh

Sekianlah artikel Punca Pencemaran Di Sungai Pukin, Disebakan Oleh Kolam Sisa Rawatan Kelapa Sawit Runtuh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Punca Pencemaran Di Sungai Pukin, Disebakan Oleh Kolam Sisa Rawatan Kelapa Sawit Runtuh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/07/punca-pencemaran-di-sungai-pukin.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Punca Pencemaran Di Sungai Pukin, Disebakan Oleh Kolam Sisa Rawatan Kelapa Sawit Runtuh"

Catat Ulasan

Loading...