Loading...

Sebanyak 16,440 Peneroka FELDA Di Pahang Tandatangan Perjanjian Pelarasan Pinjaman !

Loading...
Sebanyak 16,440 Peneroka FELDA Di Pahang Tandatangan Perjanjian Pelarasan Pinjaman ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sebanyak 16,440 Peneroka FELDA Di Pahang Tandatangan Perjanjian Pelarasan Pinjaman !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sebanyak 16,440 Peneroka FELDA Di Pahang Tandatangan Perjanjian Pelarasan Pinjaman !
link : Sebanyak 16,440 Peneroka FELDA Di Pahang Tandatangan Perjanjian Pelarasan Pinjaman !

Baca juga


Sebanyak 16,440 Peneroka FELDA Di Pahang Tandatangan Perjanjian Pelarasan Pinjaman !


 KUANTAN - Sebanyak 16,440 atau 38 peratus daripada 43,126 peneroka FELDA di Pahang menandatangani perjanjian pelarasan pinjaman sehingga Rabu lalu, sejak dokumen itu disediakan pada 8 Julai lalu.

Tarikh akhir untuk peneroka menandatangani perjanjian pelarasan pinjaman FELDA adalah pada 11 Ogos.

FELDA dalam kenyataannya, berkata peneroka yang menandatangani perjanjian itu dapat menikmati ansuran bulanan lebih rendah iaitu RM150 sebulan dan maksimum RM300 sebulan bagi pinjaman kebun mereka.

"Bagi peneroka yang tiada hutang atau mempunyai hutang kurang RM5,000, mereka layak menikmati insentif tanam semula bagi pusingan tanam berikutnya ditanggung FELDA selepas ditolak caruman tanam semula atau bantuan daripada RISDA," katanya, hari ini.

Katanya, sesi penerangan mengenai pelarasan pinjaman kepada pengurus rancangan, ketua peneroka dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) anak peneroka yang tidak berada di tanah rancangan dijalankan secara dalam talian berikutan sekatan pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika ini.

FELDA juga mengambil pendekatan menjelaskan sebarang perkara dibangkitkan melalui sesi bual bicara secara langsung di laman Facebook oleh Pengarah Kewangan FELDA dan Pengarah Perladangan FELDA.

"Malah, FELDA aktif menjawab segala persoalan dibangkitkan melalui media sosial, selain memuat naik infografik untuk memudahkan peneroka dan generasi baharu mendapat maklumat terkini yang sahih.

"FELDA turut menyediakan platform menerusi aplikasi WhatsApp yang mana segala persoalan warga peneroka dapat dijawab segera.

"Dengan pendekatan ini, kebanyakan isu terjawab dan peneroka juga lebih yakin menandatangani perjanjian pelarasan pinjaman ini, malah kita yakin lebih ramai peneroka bersetuju dengan perjanjian ini dalam masa terdekat," katanya.

Kenyataan itu juga memaklumkan, peneroka boleh menyemak penyata hutang di pejabat rancangan masing-masing, selain mengakses laman portal e-Peneroka untuk mendapatkan penyata hutang mereka.

Pada 7 Julai lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan bersetuju dengan cadangan FELDA melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion secara bersyarat. #sumber



Demikianlah Artikel Sebanyak 16,440 Peneroka FELDA Di Pahang Tandatangan Perjanjian Pelarasan Pinjaman !

Sekianlah artikel Sebanyak 16,440 Peneroka FELDA Di Pahang Tandatangan Perjanjian Pelarasan Pinjaman ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sebanyak 16,440 Peneroka FELDA Di Pahang Tandatangan Perjanjian Pelarasan Pinjaman ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/07/sebanyak-16440-peneroka-felda-di-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sebanyak 16,440 Peneroka FELDA Di Pahang Tandatangan Perjanjian Pelarasan Pinjaman !"

Catat Ulasan

Loading...