Loading...

Sekumpulan Saintis Merin AS Dakwa Menemui ‘Sponge Bob' Dan 'Patrick Star' Di Dasar Laut !

Loading...
Sekumpulan Saintis Merin AS Dakwa Menemui ‘Sponge Bob' Dan 'Patrick Star' Di Dasar Laut ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sekumpulan Saintis Merin AS Dakwa Menemui ‘Sponge Bob' Dan 'Patrick Star' Di Dasar Laut !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sekumpulan Saintis Merin AS Dakwa Menemui ‘Sponge Bob' Dan 'Patrick Star' Di Dasar Laut !
link : Sekumpulan Saintis Merin AS Dakwa Menemui ‘Sponge Bob' Dan 'Patrick Star' Di Dasar Laut !

Baca juga


Sekumpulan Saintis Merin AS Dakwa Menemui ‘Sponge Bob' Dan 'Patrick Star' Di Dasar Laut !

 

NEW YORK – Sekumpulan saintis marin di Amerika Syarikat menemui spesies span laut berwarna kuning dan seekor tapak sulaiman berwarna merah jambu yang menyerupai dua watak siri kartun popular SpongeBob SquarePants, lapor akhbar New York Post semalam.

‘SpongeBob’ dan rakan baiknya, ‘Patrick Star’ ditemui di atas seketul batu di Retriever Seamount di dalam Lautan Atlantik, kira-kira 321 kilometer dari pantai New York.

Kumpulan saintis daripada  Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara (NOAA)  menemui span Hertwigia dan tapak sulaiman spesies Chondraster itu ketika meninjau keadaan dasar laut menggunakan kapal selam kawalan jauh (ROV).

“Kebiasaannya, saya mengelak terumbu karang, namun kali ini saya menemui SpongeBob dan Patrick yang sebenar!” kata seorang saintis NOAA, Christopher Mah dalam satu ciapan di Twitter.

Tambah Mah, dia berpendapat agak lucu untuk membuat perbandingan antara penemuan tersebut dengan watak kartun popular itu berdasarkan warnanya.

“Warna yang dipaparkan dalam siri kartun itu sebenarnya lebih diperbesar-besarkan berbanding keadaan spesies sebenar.

“Sebagai seorang ahli biologi yang mempunyai kepakaran dalam hidupan laut, kebanyakan elemen yang ditonjolkan dalam watak SpongeBob dan Patrick adalah salah,” ujarnya.

Penemuan tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial dengan ramai meluahkan rasa teruja mereka melihatkan dua watak kartun kegemaran ramai itu. #sumber



Demikianlah Artikel Sekumpulan Saintis Merin AS Dakwa Menemui ‘Sponge Bob' Dan 'Patrick Star' Di Dasar Laut !

Sekianlah artikel Sekumpulan Saintis Merin AS Dakwa Menemui ‘Sponge Bob' Dan 'Patrick Star' Di Dasar Laut ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sekumpulan Saintis Merin AS Dakwa Menemui ‘Sponge Bob' Dan 'Patrick Star' Di Dasar Laut ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/07/sekumpulan-saintis-merin-as-dakwa.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sekumpulan Saintis Merin AS Dakwa Menemui ‘Sponge Bob' Dan 'Patrick Star' Di Dasar Laut !"

Catat Ulasan

Loading...