Loading...

Seorang Chef Maut Selepas Terjatuh Ke Dalam Periuk Besar Berisi Sup Yang Sedang Mendidih

Loading...
Seorang Chef Maut Selepas Terjatuh Ke Dalam Periuk Besar Berisi Sup Yang Sedang Mendidih - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Seorang Chef Maut Selepas Terjatuh Ke Dalam Periuk Besar Berisi Sup Yang Sedang Mendidih, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seorang Chef Maut Selepas Terjatuh Ke Dalam Periuk Besar Berisi Sup Yang Sedang Mendidih
link : Seorang Chef Maut Selepas Terjatuh Ke Dalam Periuk Besar Berisi Sup Yang Sedang Mendidih

Baca juga


Seorang Chef Maut Selepas Terjatuh Ke Dalam Periuk Besar Berisi Sup Yang Sedang Mendidih

 

ZAKHO, IRAQ – Seorang chef meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam sebuah periuk besar berisi sup yang mendidih ketika menyediakan makanan untuk sebuah majlis perkahwinan di Iraq, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Cef Issa Ismail, 25, ketika kejadian, dilaporkan sedang mengacau sup dalam sebuah periuk besar bagi menyediakan hidangan kepada tetamu majlis perkahwinan tersebut.

Dia kemudiannya dikatakan tergelincir lalu terjatuh ke dalam periuk tersebut yang mengakibatkannya mangsa melecur teruk di sebahagian besar badannya.

Cef itu dikejarkan ke hospital Dohuk yang terletak kira-kira 64 kilometer dari lokasi kejadian untuk menerima rawatan.

Pasukan perubatan mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawanya. Dia dirawat beberapa hari sebelum disahkan meninggal dunia akibat melecur  tahap tiga meliputi kira-kira 70 peratus badannya.

Menurut laporan akhbar Gulf News, periuk yang digunakan untuk memasak sup itu cukup besar untuk memuatkan seorang lelaki di dalamnya.

Sementara itu, salah seorang saudaranya, Zervan Hosni berkata, Issa telah berkhidmat sebagai  cef selama lapan tahun.

“Dia sering memasak di majlis-majlis perkahwinan, majlis berkabung dan beberapa acara lain. Selama dua tahun ini, dia memasak di dewan acara itu dengan gaji sebanyak 25,000 dinar sehari (RM71.30),” ujarnya.

Issa meninggalkan seorang balu dengan dua anak perempuan dan seorang anak lelaki berusia enam bulan. #sumber



Demikianlah Artikel Seorang Chef Maut Selepas Terjatuh Ke Dalam Periuk Besar Berisi Sup Yang Sedang Mendidih

Sekianlah artikel Seorang Chef Maut Selepas Terjatuh Ke Dalam Periuk Besar Berisi Sup Yang Sedang Mendidih kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Seorang Chef Maut Selepas Terjatuh Ke Dalam Periuk Besar Berisi Sup Yang Sedang Mendidih dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/07/seorang-chef-maut-selepas-terjatuh-ke.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Seorang Chef Maut Selepas Terjatuh Ke Dalam Periuk Besar Berisi Sup Yang Sedang Mendidih"

Catat Ulasan

Loading...