Loading...

Telur Ayam Di Jangka Naik Harga Melebihi Tiga Peratus Menjelang Aidil Adha, Pada 20 Julai Ini

Loading...
Telur Ayam Di Jangka Naik Harga Melebihi Tiga Peratus Menjelang Aidil Adha, Pada 20 Julai Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Telur Ayam Di Jangka Naik Harga Melebihi Tiga Peratus Menjelang Aidil Adha, Pada 20 Julai Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Telur Ayam Di Jangka Naik Harga Melebihi Tiga Peratus Menjelang Aidil Adha, Pada 20 Julai Ini
link : Telur Ayam Di Jangka Naik Harga Melebihi Tiga Peratus Menjelang Aidil Adha, Pada 20 Julai Ini

Baca juga


Telur Ayam Di Jangka Naik Harga Melebihi Tiga Peratus Menjelang Aidil Adha, Pada 20 Julai Ini

TEMERLOH - Harga telur ayam pelbagai gred dijangka mengalami kenaikan harga lebih tiga peratus menjelang Aidiladha pada 20 Julai ini.

Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid, berkata pihak kementerian menerima laporan mengenai kenaikan harga bahan mentah itu, mulai kelmarin.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kenaikan harga itu tidak dapat dielakkan kerana banyak ladang ternakan ayam ditutup berikutan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Katanya, keadaan itu menyebabkan penawaran berkurangan manakala permintaan terhadap bahan berkenaan meningkat.

"Saya dimaklumkan bahawa telur ayam akan ada kenaikan harga kerana difahamkan banyak ladang ladang ayam ini, kini tidak beroperasi.

"Walaupun ada kenaikan, kita akan pantau kenaikan ini sebab dua tiga hari lalu, kita dapat mesej daripada sahabat mengatakan bahawa akan ada kenaikan harga.

"Malah, ia turut diakui pengeluar telur ayam bahawa ada kenaikkan harga," katanya kepada pemberita ketika melakukan pemeriksaan harga barangan di Tunas Manja Mall, di sini, petang tadi.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Pencegahan) Bahagian Penguat kuasa KPDNHEP, Aris Mamat.

Rosol berkata, pihaknya memahami situasi yang terpaksa ditanggung peniaga terbabit, namun tindakan tegas akan diambil jika harga dinaikkan tidak munasabah.

Katanya, sebagai contoh harga telur di pasar raya Tunas Manja Mall, dua hari lalu, bagi gred A ialah RM12 sepapan kini RM13.10, gred B RM10.80 (RM11.90), gred C RM10 (RM11.30).

Dalam pada itu, beliau berkata, bekalan barangan keperluan menjelang Aidiladha adalah mencukupi, kecuali tepung gandum bersubsidi.

Malah, katanya, pemantauan turut dijalankan di pasar raya dan premis dengan kekuatan 2,263 pengawai penguatkuasaan kementerian di seluruh negara. #sumber



Demikianlah Artikel Telur Ayam Di Jangka Naik Harga Melebihi Tiga Peratus Menjelang Aidil Adha, Pada 20 Julai Ini

Sekianlah artikel Telur Ayam Di Jangka Naik Harga Melebihi Tiga Peratus Menjelang Aidil Adha, Pada 20 Julai Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Telur Ayam Di Jangka Naik Harga Melebihi Tiga Peratus Menjelang Aidil Adha, Pada 20 Julai Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/07/telur-ayam-di-jangka-naik-harga.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Telur Ayam Di Jangka Naik Harga Melebihi Tiga Peratus Menjelang Aidil Adha, Pada 20 Julai Ini"

Catat Ulasan

Loading...