Judul : Tindakan "Halang" Pekebun Musang King Raub, Kerajaan Perlu Dakwa Semua Penceroboh Dan Siasat Pihak Gondolkan Hutan Simpan Itu Dulu
link : Tindakan "Halang" Pekebun Musang King Raub, Kerajaan Perlu Dakwa Semua Penceroboh Dan Siasat Pihak Gondolkan Hutan Simpan Itu Dulu
Tindakan "Halang" Pekebun Musang King Raub, Kerajaan Perlu Dakwa Semua Penceroboh Dan Siasat Pihak Gondolkan Hutan Simpan Itu Dulu
KUANTAN - Aktivis bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli terkejut dengan tindakan drastik Kerajaan Negeri Pahang terhadap pekebun durian musang king di Raub yang sedang hangat diperkatakan.
Baca tulisan beliau dibawah ini yang dipetik dari blog http://cucumatkilau.blogspot.com dimuat naik sejak semalam.
Asalnya saya memang menyokong tindakan yang dibuat pihak berkuasa yg menghalang pekebun durian musang king Raub masuk ke tanah yang diceroboh. Nampak macam video yang disebar ini memihak kepada Kerajaan Negeri Pahang.
Lagi pun dengan lantang polis mendakwa ada arahan terus dari Menteri Besar Pahang. Jelas, nama jawatan MB disebut dengan rakaman yg sudah disediakan oleh pihak terbabit utk diviral dan sekali pandang kita akan nampak tindakan dibuat untuk menghalang pekebun, walau pun arahan mahkamah rayuan notis pengosongan ditangguhkan sehingga kes rayuan didengari.
Setelah saya amati betul-betul adengan ini tak menampakkan tindakan yang sepatutnya sejak dari awal lagi. Sebab Kerajaan Negeri Pahang sendiri pernah umum 'pemutihan' akan dibuat secara 'timbang rasa' dan juga 'win win' antara pihak penceroboh itu dengan kerajaan negeri.
'PEMUTIHAN TIMBANG RASA' DI UMUMKAN OLEH KERAJAAN NEGERI PAHANG PD 2020
Pada 24 Ogos 2020, Kerajaan Negeri Pahang umumkan Operasi pemutihan tanah dalam kegiatan pencerobohan bagi menanam durian Musang King di Pahang dilakukan secara bertimbang rasa, agar aktiviti pencerobohan tanah kerajaan, termasuk hutan simpan tidak berlaku dengan sewenang-wenangnya.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak berkata pencerobohan tanah berkenaan telah berlaku sejak sekian lama dan individu terlibat juga telah mendapat hasil selama berbelas tahun tanpa diganggu-gugat.
Tindakan itu menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri dan mewujudkan suasana tidak sihat seperti mengalakkan orang lain untuk ceroboh dan teroka tanah kerajaan, sedangkan kerajaan negeri mempunyai undang-undang dalam hal tersebut.
Kerajaan negeri boleh memusnahkan tanaman itu, seperti dibenarkan di bawah undang-undang, namun kerajaan mencari pendekatan yang lebih baik iaitu diambil alih oleh anak syarikat negeri, Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) dan perbincangan telah dilakukan dengan pihak terlibat katanya.
Dalam isu Musang King ini, wujud kumpulan yang menentang. Kerajaan tidak mahu jadikan pencerobohan satu kebiasaan. Jika mahu, isi borang dan mohon dengan kerajaan. Jika tak mohon, kerajaan perlu ambil tindakan dan ini merugikan. Kita cuba ambil pendekatan berhemah namun kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak.
Malah saya difahamkan 'sistem pajakan' antara yang diperkenalkan iaitu pencerobohan tanah kerajaan di Pahang akan dikenakan bayaran tertentu sekiranya mahu teruskan aktiviti atas tanah yang diceroboh itu sebenarnya. Saya juga ada menerima dokumen yang berkenaan serta tahu caj yang dikenakan oleh pihak yang dilantik kerajaan Pahang untuk uruskannya.
DAKWA PENCEROBOH 4,400 HEKTAR TANAH HUTAN SIMPAN SERTA MEREKA YG TERLIBAT
Justeru saya menggesa, jika benar kerajaan serius untuk melakukan tindakan maka siasat hingga ke akar umbi, bagaimana tanah hutan simpan itu boleh diceroboh sebelum ditanam durian musang king. Pihak yang terlebih awal menceroboh dan mengambil hasil mahsul kayu balak seluas 4,400 hektar itu perlu disiasat juga bagi membuktikan ketelusan. Sebab, gara-gara kawasan itu sudah digondolkan barulah semua pekebun dari luar Pahang itu ditawarkan tanah untuk tanaman musang king sebenarnya.
Usahlah bermain silap mata dengan menyiar video berkenaan, kononnya tegas mengambil tindakan walhal segaja untuk mengaburi mata rakyat marhaen. Bagi saya, isu musang king ini sama dengan pencemaran Tasik Chini. Pihak yang bersekongkol melulus lesen, menyokong dan membiarkan aktiviti guna tanah hingga ia merosakkan alam sekitar tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia itu sepatutnya juga diambil tindakan. Namun, ada tindakan dibuat?
Maka, samalah dalam isu musang king di Raub ini. Kerajaan yang telus dan adil, akan arahkan SPRM menyiasat pihak yang bersekongkol dan membiarkan pencerobohan hutan simpan itu dulu, barulah bicara soal kebun musang king. Ini kerana, rakyat mahu tahu siapa yang ambil atau pun curi balak di kawasan itu? Siapa yang terlibat 'membutakan mata' sengaja buat-buat tak nampak ketika balak-balak itu ditebang?
SIASAT PEGAWAI KERAJAAN YANG BIARKAN 4,400 EKAR HUTAN SIMPAN ITU DICEROBOH
Mana pergi Pejabat Hutan Raub, Pejabat Tanah Dan Daerah Raub, Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian, Jabatan Alam Sekitar serta lain-lain lagi jabatan kerajaan yang berkenaan. Adakah anda semua 'buta mata' tak nampak hutan-hutan itu ditarah, walhal hanya ditepi jalan utama sahaja.
Mana pergi semua pegawai kerajaan terbabit?? Jika mereka bekerja dengan jujur dan amanah, nescaya kawasan hutan itu tidak digondolkan bagi membuka laluan kepada kebun tanaman durian musang king. Adakah semuanya 'tidur'?
Apa yang paling penting, siapa yang benarkan hutan-hutan seluas itu (4,400 hektar) ditebang? Adakah pemimpin DAP, PAS, PKR atau UMNO? Pihak mana yang 'makan besar' dengan hasil jualan kayu balak tersebut. Bukannya ratus ribu malahan jutaan ringgit. Apakah pihak Kerajaan Negeri Pahang mahu biarkan mereka semua itu juga terlepas begitu sahaja sama macam pihak yang luluskan 14 lesen pajakan melombong di Tasik Chini sebelum tahun 2019 itu gamaknya.
Justeru dalam kes durian musang king Raub ini, jika kerajaan jujur mahu bertindak maka sejak dari awal sudah merampas semua tanah haram yang diceroboh oleh pekebun musang king itu. Kedua, tangkap dan dakwa mereka di mahkamah sama. seperti yang dilakukan bila ada rakyat marhaen bangsa sendiri masuk ke hutan untuk memancing, memburu, berkelah yang ditangkap dan didakwa atas kesalahan menceroboh. Mereka kena bayar denda ribuan ringgit atas kesalahan kecil (tidak bercucuk tanam, sekadar lalu sahaja). Kenapa kerajaan tidak berbuat demikian dari awal, hingga biar penceroboh pula lawan notis pengosongan tanah yang dikeluarkan oleh kerajaan sendiri.
Sudahlah tanah tidak dirampas, penceroboh seorang pun tidak didakwa malah penceroboh pula boleh lawan kerajaan hingga kes akhirnya dibawa ke Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan 204 pekebun durian Musang King di sekitar Raub untuk tangguhkan notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan oleh kerajaan Pahang sehingga rayuan mereka diselesaikan. Tarikh mendengar rayuan pula tidak dimaklumkan.
KENAPA HALANG PEKEBUN YANG DAPAT PERINTAH MAHKAMAH TANGGUH NOTIS
Kenapa baru sekarang halang pekebun masuk? Kerana sekarang ialah musim durian sedang berbuah. Malah kerajaan negeri sudah menyerahkan syarikat yang menguruskan kawasan tersebut untuk uruskan kawasan tanah musang king terbabit. Jika mengikut arahan Mahkamah Rayuan memang notis ditangguhkan.
Namun dek kerana durian sedang masak ranum, maka arahan baru oleh MB diguna untuk menghalang. Tapi, jika pekebun buat kes Kerajaan Negeri Pahang engkar dan melanggar perintah, semakin berpanjangan kisah durian musang king Raub ini.
Maka, dengan ini saya menganggap video yang disebarkan itu memang sudah dirancang untuk tunjukkan Kerajaan Negeri Pahang bertindak tegas terhadap penceroboh bila arahkan pihak berkuasa menghalang penceroboh masuk ke kebun masing-masing. Saya tidak pasti video tersebut dirakamkan bila, namun bagi saya ia tidak menunjukkan kebenaran terhadap isu ini sebenarnya. Selagi penceroboh yg asal tanah seluas 4,400 hektar itu tidak disiasat, didakwa dan diambil tindakan mahkamah maka usah mengelirukan rakyat dengan video sensasi itu. #sumber
Demikianlah Artikel Tindakan "Halang" Pekebun Musang King Raub, Kerajaan Perlu Dakwa Semua Penceroboh Dan Siasat Pihak Gondolkan Hutan Simpan Itu Dulu
Anda sekarang membaca artikel Tindakan "Halang" Pekebun Musang King Raub, Kerajaan Perlu Dakwa Semua Penceroboh Dan Siasat Pihak Gondolkan Hutan Simpan Itu Dulu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/07/tindakan-halang-pekebun-musang-king.html
0 Response to "Tindakan "Halang" Pekebun Musang King Raub, Kerajaan Perlu Dakwa Semua Penceroboh Dan Siasat Pihak Gondolkan Hutan Simpan Itu Dulu"
Catat Ulasan