Loading...

Agong Seru Rakyat, Pemimpin Bersatu, Tolak Perbezaan Untuk ‘Merdeka’ Daripada Wabak !

Loading...
Agong Seru Rakyat, Pemimpin Bersatu, Tolak Perbezaan Untuk ‘Merdeka’ Daripada Wabak ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Agong Seru Rakyat, Pemimpin Bersatu, Tolak Perbezaan Untuk ‘Merdeka’ Daripada Wabak !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Agong Seru Rakyat, Pemimpin Bersatu, Tolak Perbezaan Untuk ‘Merdeka’ Daripada Wabak !
link : Agong Seru Rakyat, Pemimpin Bersatu, Tolak Perbezaan Untuk ‘Merdeka’ Daripada Wabak !

Baca juga


Agong Seru Rakyat, Pemimpin Bersatu, Tolak Perbezaan Untuk ‘Merdeka’ Daripada Wabak !

 

PETALING JAYA - Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, usaha memerdekakan negara dari wabak Covid-19 memerlukan kesepaduan dan kesatuan seluruh rakyat, pemimpin serta kerajaan dengan menolak perbezaan pendapat serta mengetepikan pertikaian politik.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan dikeluarkan Istana Negara sempena Hari Kebangsaan, Agong turut menyeru kerajaan untuk terus merangka dan menyusun pelan tindakan membantu rakyat terkesan serta mengembalikan semula iklim ekonomi sihat. bersesuaian dengan tema sambutan Hari Kebangsaan iaitu “Malaysia Prihatin”.

“Rakyat wajar untuk terus dilindungi agar dapat berdiri tangkas menghadapi impak negatif kemelut ini,” katanya.

Agong turut menyeru supaya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) terus diperkasa bagi membolehkan negara mencapai imuniti kelompok yang diharapkan.

“Manakala rakyat juga sewajarnya turut berpegang teguh kepada prinsip ‘Malaysia Prihatin’ dengan segera mendapatkan vaksin bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, Agong mengajak rakyat mengimbau kembali enam dekad yang lalu dimana semangat patriotisme dan cintakan tanah air menyatukan kita untuk dengan tekad dan iltizam bangkit menentang penjajah sehingga kemerdekaan dapat dicapai.

“Justeru Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa sekiranya semangat dan roh perjuangan enam dekad yang lalu diterap dan disuburkan kembali pada hari ini, nescaya negara juga berupaya untuk merdeka dari ancaman (wabak) Covid-19 buat selama-lamanya.

“Sesungguhnya kesepaduan sosial, integrasi nasional dan perpaduan antara kaum adalah kunci untuk negara menghadapi apa jua cabaran yang mendatang termasuklah menghadapi badai (wabak) Covid-19 yang sedang melanda negara.”

Menurut kenyataan itu lagi, Sultan Abdullah turut mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang berkhidmat untuk negara.

“Seri Paduka Baginda turut mengajak rakyat untuk mengingati dan menghargai para pejuang dan patriot kemerdekaan negara, serta anggota pasukan keselamatan yang telah berkorban sehingga berjaya menyelamatkan negara daripada belenggu penjajah dan seteru negara. #sumber



Demikianlah Artikel Agong Seru Rakyat, Pemimpin Bersatu, Tolak Perbezaan Untuk ‘Merdeka’ Daripada Wabak !

Sekianlah artikel Agong Seru Rakyat, Pemimpin Bersatu, Tolak Perbezaan Untuk ‘Merdeka’ Daripada Wabak ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Agong Seru Rakyat, Pemimpin Bersatu, Tolak Perbezaan Untuk ‘Merdeka’ Daripada Wabak ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/agong-seru-rakyat-pemimpin-bersatu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Agong Seru Rakyat, Pemimpin Bersatu, Tolak Perbezaan Untuk ‘Merdeka’ Daripada Wabak !"

Catat Ulasan

Loading...