Judul : Ahli Parlimen Parit Pula "Nafi" Beliau Sokong PN, Muhyiddin Seperti Di Dakwa Ismail Sabri !
link : Ahli Parlimen Parit Pula "Nafi" Beliau Sokong PN, Muhyiddin Seperti Di Dakwa Ismail Sabri !
Ahli Parlimen Parit Pula "Nafi" Beliau Sokong PN, Muhyiddin Seperti Di Dakwa Ismail Sabri !
KUALA LUMPUR - Selepas dua ahli parlimen Umno menafikan dakwaan mereka termasuk dalam kalangan 31 ahli parlimen BN yang menyokong Perikatan Nasional (PN), hari ini seorang lagi membuat penafian yang sama.
Kali ini, Ahli Parlimen Parit, Datuk Nizar Zakaria pula menyatakan yang dia mengikut keputusan yang telah dibuat Majlis Tertinggi (MT) Umno iaitu menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Saya patuh kepada keputusan parti. Parti melalui MKT telah membuat keputusan serta ketetapan dan sebagai ahli parti, saya ikut keputusan parti," kata Nizar dalam catatan di Facebook.
Semalam, Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim menafikan mereka menyokong Perikatan Nasional (PN), seperti didakwa timbalan presiden Umno Ismail Sabri Yaakob.
Sebelum ini, Nizar dan Noh merupakan antara 11 ahli parlimen termasuk Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang mengadakan sidang media bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin dan PN.
Bagaimanapun, Ismail semalam mendakwa Noh dan dua lagi yang bersama Zahid - iaitu Azeez dan Nizar menyokong PN.
Ketika menafikan perkara itu, Noh dan Azeez menjelaskan mereka memang menyertai mesyuarat ahli parlimen BN dan menandatangani kehadiran, tetapi itu tidak bermakna mereka menyokong PN.
Kata Noh, dia bersetuju bahawa kerajaan PN masih sah pada masa ini tetapi hanyalah sehingga undi percaya dibuat di parlimen. #sumber
Demikianlah Artikel Ahli Parlimen Parit Pula "Nafi" Beliau Sokong PN, Muhyiddin Seperti Di Dakwa Ismail Sabri !
Anda sekarang membaca artikel Ahli Parlimen Parit Pula "Nafi" Beliau Sokong PN, Muhyiddin Seperti Di Dakwa Ismail Sabri ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/ahli-parlimen-parit-pula-nafi-beliau.html

0 Response to "Ahli Parlimen Parit Pula "Nafi" Beliau Sokong PN, Muhyiddin Seperti Di Dakwa Ismail Sabri !"
Catat Ulasan