Loading...

Anwar Dakwa Pakatan Harapan (PH) Menolak Tawaran Yang Di Buat PM Muhyiddin Yassin !

Loading...
Anwar Dakwa Pakatan Harapan (PH) Menolak Tawaran Yang Di Buat PM Muhyiddin Yassin ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar Dakwa Pakatan Harapan (PH) Menolak Tawaran Yang Di Buat PM Muhyiddin Yassin !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar Dakwa Pakatan Harapan (PH) Menolak Tawaran Yang Di Buat PM Muhyiddin Yassin !
link : Anwar Dakwa Pakatan Harapan (PH) Menolak Tawaran Yang Di Buat PM Muhyiddin Yassin !

Baca juga


Anwar Dakwa Pakatan Harapan (PH) Menolak Tawaran Yang Di Buat PM Muhyiddin Yassin !

 

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) menolak tawaran Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui ucapan khas Perdana Menteri bersama memulihkan negara, hari ini.

Pendirian itu disuarakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Dalam kenyataan dikeluarkan bersama, Majlis Presiden PH menyifatkan tawaran itu sepatutnya dibuat Muhyiddin lebih awal dan bukannya di penghujung hayat politik beliau.

"Tumpuan seharusnya diberi untuk menyelamatkan rakyat dan bukan kerjaya politik beliau.

"PH memilih untuk bersolidariti dengan rakyat yang sedang menderita akibat pandemik COVID-19.

"Kami yakin bahawa kami mampu mengemuka suatu perancangan yang lebih baik, terutama untuk menangani pandemik COVID-19, menghidupkan semula ekonomi, serta menyelamatkan rakyat dan mata pencarian," katanya dalam kenyataan, di sini malam tadi.

Pada masa sama, Majlis Presiden PH turut berpandangan perutusan khas Muhyiddin pengakuan terbuka Perdana Menteri hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Katanya, ini mewajibkan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan dilaksana, iaitu Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan.

"Ini kali pertama dalam sejarah Malaysia seorang Perdana Menteri yang mengaku kehilangan sokongan majoriti, namun secara terang-terangan terus menagih sokongan pembangkang.

"Ini juga kali pertama seorang Perdana Menteri yang tiada keabsahan menawarkan rasuah secara terang-terangan dalam siaran televisyen langsung di hadapan seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Majlis Presiden PH mendakwa Perdana Menteri dengan jelas membelakangi fungsi dan kuasa Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, khususnya Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan apabila berkata, tiada seorang pun Ahli Dewan Rakyat lain yang dapat membuktikan dia mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat. #sumber



Demikianlah Artikel Anwar Dakwa Pakatan Harapan (PH) Menolak Tawaran Yang Di Buat PM Muhyiddin Yassin !

Sekianlah artikel Anwar Dakwa Pakatan Harapan (PH) Menolak Tawaran Yang Di Buat PM Muhyiddin Yassin ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar Dakwa Pakatan Harapan (PH) Menolak Tawaran Yang Di Buat PM Muhyiddin Yassin ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/anwar-dakwa-pakatan-harapan-ph-menolak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Anwar Dakwa Pakatan Harapan (PH) Menolak Tawaran Yang Di Buat PM Muhyiddin Yassin !"

Catat Ulasan

Loading...