Judul : Covid-19: Sebanyak 17,236 Kes Positif Baharu Di Rekod Hari Ini, Pahang Catatkan "604" Kes !
link : Covid-19: Sebanyak 17,236 Kes Positif Baharu Di Rekod Hari Ini, Pahang Catatkan "604" Kes !
Covid-19: Sebanyak 17,236 Kes Positif Baharu Di Rekod Hari Ini, Pahang Catatkan "604" Kes !
PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan melaporkan jangkitan harian Covid-19 menunjukkan sedikit penurunan dengan 17,236 kes baharu, manakala 212 kematian direkodkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat kes 227,230 aktif dengan 1,095 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 579 memerlukan bantuan pernafasan.
Noor Hisham berkata, jumlah jangkitan kini adalah 1,279,776 manakala, kes sembuh pula sebanyak 15,187 dengan 1,041,585 jumlah kumulatif.
Sementara itu, sebanyak 212 kematian dicatat menjadikan jumlah kematian setakat ini 10,961 kes.
Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 5,740 kes.
Ia diikuti Kuala Lumpur (1,567), Kedah (1,328), Sabah (1,247), Johor (1,232), Negeri Sembilan (1,215), Perak (935), Kelantan (914), Pulau Pinang (908), Pahang (604), Sarawak (589), Terengganu (501), Melaka (360), Putrajaya (66), Perlis (22) dan Labuan (8).
Hisham berkata, bagi kes kematian ia melibatkan 76 kes di Selangor, 24 kes di Johor, 20 kes di Kedah, 18 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 16 kes di Pahang, 14 kes di Negeri Sembilan, 12 kes di Pulau Pinang, 11 kes di Sabah, lapan kes di Melaka dan lima kes di Terengganu.
Manakala empat kes di Kelantan, dua kes di Perak, serta masing-masing satu kes di Perlis dan Sarawak.
“Kes kematian itu membabitkan 186 warganegara dan 26 orang bukan warganegara,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata berdasarkan data terkini pada 8 Ogos, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.07. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Kelantan (nilai RT 1.25) diikuti oleh Terengganu (nilai RT 1.19), dan Sabah (nilai RT 1.17).
“Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Covid-19: Sebanyak 17,236 Kes Positif Baharu Di Rekod Hari Ini, Pahang Catatkan "604" Kes !
Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Sebanyak 17,236 Kes Positif Baharu Di Rekod Hari Ini, Pahang Catatkan "604" Kes ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/covid-19-sebanyak-17236-kes-positif.html
0 Response to "Covid-19: Sebanyak 17,236 Kes Positif Baharu Di Rekod Hari Ini, Pahang Catatkan "604" Kes !"
Catat Ulasan