Judul : Covid-19: Sebanyak 19,257 Kes Positif Baharu Di Rekodkan Hari Ini, Pahang Catatkan 714 Kes
link : Covid-19: Sebanyak 19,257 Kes Positif Baharu Di Rekodkan Hari Ini, Pahang Catatkan 714 Kes
Covid-19: Sebanyak 19,257 Kes Positif Baharu Di Rekodkan Hari Ini, Pahang Catatkan 714 Kes
PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan melaporkan 19,257 kes baharu Covid-19 dan 210 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 16,323 pesakit pulih, menjadikan jumlah kumulatif melebihi sejuta dengan 1,009,343 kes.
Menerusi kenyataan hari ini, Hisham berkata, jumlah jangkitan Covid-19 setakat ini 1,243,852 kes, dengan 224,120 kes aktif, manakala 1,097 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 575 memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, 210 kematian hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 10,389 kes.
Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 7,084 kes.
Ia disusuli Kuala Lumpur (2,450), Kedah (1,514), Sabah (1,255), Johor (1,182), Pulau Pinang (959), Kelantan (930), Negeri Sembilan (884), Perak (774), Pahang (714), Sarawak (573), Terengganu (425), Melaka (414), Putrajaya (56), Perlis (41) dan Labuan (dua).
Daripada jumlah kes baharu itu, 16 ialah kes import dan baki 19,241 kes penularan tempatan membabitkan 15,893 warganegara dan 3,348 warga asing.
Hisham berkata, 740 daripada jumlah kes baharu itu adalah Kategori 3, 4 dan 5, manakala 18,517 kes (96.2%)
terdiri daripada Kategori 1 dan 2.
“Secara keseluruhan, hanya 4,178 kes (21.7%) daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini mempunyai sejarah
imunisasi Covid-19.”
Daripada 210 kematian itu, katanya, 177 ialah warganegara dan 33 warga asing, dengan semua kecuali 52 orang mempunyai sejarah penyakit lain, manakala 34 lagi hanya dikesan positif Covid-19 selepas mayat mereka dibawa ke hospital.
Selangor terus mencatatkan angka korban tertinggi dengan 88 kes, disusuli Kuala Lumpur (33), Johor (28), Kedah (17), Sabah (13), Melaka (lapan), Perak (enam), Negeri Sembilan (lima), Kelantan (lima), Pulau Pinang (empat), Pahang (satu), Sarawak (satu) dan Perlis (satu).
Setakat semalam, kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara ialah 1.09.
Kelantan terus mencatatkan R-nought tertinggi pada 1.28, disusuli Terengganu (1.19), Sabah (1.19), Perak (1.18), Pulau Pinang (1.18), Kedah (1.15), Johor (1.14), Kuala Lumpur (1.10) dan Sarawak (1.10). #sumber
Demikianlah Artikel Covid-19: Sebanyak 19,257 Kes Positif Baharu Di Rekodkan Hari Ini, Pahang Catatkan 714 Kes
Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Sebanyak 19,257 Kes Positif Baharu Di Rekodkan Hari Ini, Pahang Catatkan 714 Kes dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/covid-19-sebanyak-19257-kes-positif.html
0 Response to "Covid-19: Sebanyak 19,257 Kes Positif Baharu Di Rekodkan Hari Ini, Pahang Catatkan 714 Kes"
Catat Ulasan