Loading...

Covid-19: Sebanyak 20,897 Kes Positif Baharu Di Laporkan Hari Ini, Pahang Catatkan 798 Kes

Loading...
Covid-19: Sebanyak 20,897 Kes Positif Baharu Di Laporkan Hari Ini, Pahang Catatkan 798 Kes - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Covid-19: Sebanyak 20,897 Kes Positif Baharu Di Laporkan Hari Ini, Pahang Catatkan 798 Kes, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Covid-19: Sebanyak 20,897 Kes Positif Baharu Di Laporkan Hari Ini, Pahang Catatkan 798 Kes
link : Covid-19: Sebanyak 20,897 Kes Positif Baharu Di Laporkan Hari Ini, Pahang Catatkan 798 Kes

Baca juga


Covid-19: Sebanyak 20,897 Kes Positif Baharu Di Laporkan Hari Ini, Pahang Catatkan 798 Kes

 

KUALA LUMPUR - Jumlah kes baharu COVID-19 di Malaysia kembali melebihi 20,000 apabila merekodkan 20,897 kes hari ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,746,254.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata semua negeri dan wilayah mencatatkan kes baharu hari ini, dengan lapan negeri mencatatkan kes empat angka.

Selangor merekodkan jumlah tertinggi iaitu 4,371 kes, disusuli Sabah (2,594), Sarawak (2,285), Johor (2,159), Kedah (1,942), Pulau Pinang (1,732), Kelantan (1,479), Perak (1,204), Kuala Lumpur (1,003).

Selain itu, Pahang merekodkan 798 kes, Terengganu (608), Melaka (417), Negeri Sembilan (215), Perlis (64) dan Putrajaya (25).

"Labuan pula merekodkan kes terendah hari ini iaitu hanya satu kes baharu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 20,897 kes baharu COVID-19 hari ini, hanya dua peratus daripadanya dalam kategori tiga hingga lima, manakala baki 98 peratus kes adalah pada kategori satu dan dua.

Selain itu, katanya, 73.6 peratus daripada keseluruhan kes baharu ini dikesan tidak divaksin atau belum menerima dos lengkap vaksin, iaitu dua minggu selepas dos kedua.

"Sebanyak 79 kes pada kategori lima (kritikal dengan ventilator) dengan 84.8 peratus daripadanya tidak lengkap vaksinasi, disusuli 119 kes bagi kategori empat (perlu oksigen) dengan 55.5 peratus daripadanya tidak lengkap vaksinasi.

"Kategori tiga (radang paru-paru) pula seramai 224 kes (78.6 peratus tiada lengkap vaksinasi); 12,136 kes kategori dua (gejala ringan) dengan 75.8 peratus tidak lengkap vaksinasi; serta kategori satu (tiada gejala) pula merekodkan 8,339 kes (70.2 peratus tidak lengkap vaksinasi)," katanya.

Beliau memaklumkan sebanyak 18,465 kes kes sembuh dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,461,727 kes atau 83.7 peratus daripada keseluruhan kes positif.

Katanya, jumlah kes aktif ketika ini adalah sebanyak 267,863 kes, dengan satu kes import membabitkan rakyat tempatan turut dikesan hari ini.

Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 282 kes kematian COVID-19 direkodkan hari ini, merangkumi 238 rakyat tempatan dan 44 warga asing.

Daripada jumlah itu, katanya, sejumlah 98 kematian adalah kes kematian di luar hospital (BID), membabitkan 63 rakyat tempatan dan 35 warga asing, iaitu peningkatan berbanding 53 kes BID semalam.

"Ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kepada 16,664 atau 0.95 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif yang dikesan.

"Ketika ini, jumlah pesakit COVID-19 di unit rawatan rapi (ICU) adalah seramai 1,005 kes, manakala pesakit COVID-19 yang memerlukan bantuan pernafasan adalah seramai 464 kes," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 22 kluster baharu dikesan membabitkan lima di Johor, Kelantan (enam), Pahang (tiga), Selangor (empat), Sabah (dua), Terengganu (satu) dan Kedah (satu).

Daripada jumlah itu, katanya, 11 kluster atau 50 peratus daripadanya adalah membabitkan jangkitan di tempat kerja, lapan dalam komuniti dan dua membabitkan kumpulan berisiko tinggi.

Beliau berkata, satu lagi kluster baharu yang dikesan membabitkan pusat tahanan Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Sepang 3, Selangor, yang setakat ini merekodkan 185 kes positif daripada 336 individu yang disaring. #sumber



Demikianlah Artikel Covid-19: Sebanyak 20,897 Kes Positif Baharu Di Laporkan Hari Ini, Pahang Catatkan 798 Kes

Sekianlah artikel Covid-19: Sebanyak 20,897 Kes Positif Baharu Di Laporkan Hari Ini, Pahang Catatkan 798 Kes kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Sebanyak 20,897 Kes Positif Baharu Di Laporkan Hari Ini, Pahang Catatkan 798 Kes dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/covid-19-sebanyak-20897-kes-positif.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Covid-19: Sebanyak 20,897 Kes Positif Baharu Di Laporkan Hari Ini, Pahang Catatkan 798 Kes"

Catat Ulasan

Loading...