Judul : Felda Jengka 25 Di Kenakan Perintah Kawalan Pergerakan Di Perketatkan (PKPD) Mulai Lusa
link : Felda Jengka 25 Di Kenakan Perintah Kawalan Pergerakan Di Perketatkan (PKPD) Mulai Lusa
Felda Jengka 25 Di Kenakan Perintah Kawalan Pergerakan Di Perketatkan (PKPD) Mulai Lusa
PUTRAJAYA – Skim tanah rancangan persekutuan terakhir di Gugusan Jengka, Pahang, Felda Jengka 25 akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai lusa.
Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lokaliti terletak di Daerah Temerloh itu muncul satu-satunya di Semenanjung yang diwartakan PKPD.
Penempatan dihuni 152 keluarga peneroka sejak 1986 seluas 214 hektar itu berpunca akibat Kluster Lorong Baiduri yang dilaporkan sejak 16 Julai dengan kini merekodkan 27 kes positif.
Kes pertama melibatkan seorang penduduk tempatan yang bekerja di Bandar Tun Razak, Daerah Maran sebelum merebak ke Felda Jengka 2, Felda Jengka 11 dan Kampung Baru Chenor.
Menurut Hishammuddin, baki sejumlah 11 lokaliti dilaksanakan PKPD sehingga 25 Ogos ini, terletak di Sabah dengan tiga di Daerah Kota Kinabalu iaitu kuarters kilang J&L, Kampung Gudon dan Kampung Lobou.
“Selebihnya ialah Kampung Menunggul; Kota Belud; Kampung Tengah, Kinarut; Kampung Petagas, Putatan; Kampung Pogunon, Penampang; Kampung Timbua-Kembiroi-Lobou, Ranau; Kampung Batu 1, Sipitang; Kampung Bukit Kukusan, Tawau dan Kampung Batu-Batu, Tenom,” katanya dalam kenyataan hari ini. #sumber
Demikianlah Artikel Felda Jengka 25 Di Kenakan Perintah Kawalan Pergerakan Di Perketatkan (PKPD) Mulai Lusa
Anda sekarang membaca artikel Felda Jengka 25 Di Kenakan Perintah Kawalan Pergerakan Di Perketatkan (PKPD) Mulai Lusa dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/felda-jengka-25-di-kenakan-perintah.html
0 Response to "Felda Jengka 25 Di Kenakan Perintah Kawalan Pergerakan Di Perketatkan (PKPD) Mulai Lusa"
Catat Ulasan