Loading...

Felda Sungai Koyan 1 dan 2, Lipis Di Kenakan PKPD Bermula Hari Sabtu Ini Hingga 28 Ogos

Loading...
Felda Sungai Koyan 1 dan 2, Lipis Di Kenakan PKPD Bermula Hari Sabtu Ini Hingga 28 Ogos - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Felda Sungai Koyan 1 dan 2, Lipis Di Kenakan PKPD Bermula Hari Sabtu Ini Hingga 28 Ogos, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Felda Sungai Koyan 1 dan 2, Lipis Di Kenakan PKPD Bermula Hari Sabtu Ini Hingga 28 Ogos
link : Felda Sungai Koyan 1 dan 2, Lipis Di Kenakan PKPD Bermula Hari Sabtu Ini Hingga 28 Ogos

Baca juga


Felda Sungai Koyan 1 dan 2, Lipis Di Kenakan PKPD Bermula Hari Sabtu Ini Hingga 28 Ogos

 

PUTRAJAYA – Setelah Felda Sungai Koyan 3 dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 31 Julai lalu, kini giliran peneroka dua jirannya pula iaitu 1 dan 2 yang terletak dalam Mukim Ulu Jelai, Daerah Lipis, Pahang bermula Sabtu hingga 20 Ogos ini.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lima lagi lokaliti di tiga buah negeri lain turut dikenakan PKPD iaitu di Kelantan melibatkan Kampung Morak, Mukim Kebakat, Jajahan Tumpat dan di Kedah membabitkan Taman Nilam (Zon Biru) Mukim Kuah, Daerah Langkawi.

“Di Sabah pula meliputi perumahan kilang sawit Veetar di Daerah Tongod, Bahagian Sandakan serta Kampung Baru Pasir Putih dan Kampung Wallace Bay, Pulau Sebatik, Bahagian Tawau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, tambah beliau, tiga lokaliti dalam Mukim Sura, Daerah Terengganu dilanjutkan lagi PKPD sehingga 16 Ogos ini melibatkan Rumah Awam Kos Rendah Gong Pasir, Kampung Gong Pasir dan Taman Maidam selain Kompleks Penjara Bentong; kuarters di Gugusan Mempaga, Daerah Bentong, Pahang serta Kampung Joh dan Kampung Maka, Jajahan Machang, Kelantan sehingga 20 Ogos.

Bagaimanapun, katanya, 22 lokaliti lagi ditamatkan PKPD di tiga negeri secara serentak esok seperti dijadualkan antaranya di Kampung Dewan Besar Labok, Machang, Kelantan.

Katanya, di Pahang, ia melibatkan 14 lokaliti Daerah Temerloh iaitu Taman Bahagia, Taman Bahagia Indah, Taman Bahagia Makmur, Taman Bahagia Permai, Taman Bahagia Courts, Kampung Padang Lalang, Taman Perumahan Sri Kemuning, Flat Sri Kemuning, Taman Temerloh Jaya, Taman Temerloh Jaya Indah, Taman Temerloh Makmur, Felda Lakum, Kampung Paya Keladan dan Taman Keladan Indah.

“Di Sabah, ia membabitkan Kampung Pukak, Mukim Tengah dan Projek Perumahan Rakyat Gayang Ria, Mukim Berungis, Daerah Tuaran; Kampung Gumandang, Daerah Kudat; Kampung Lumatai Ulu, Daerah Beaufort serta Kampung Banting, Kampung Kawang dan Kampung Ulu Bole, Daerah Sipitang,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Felda Sungai Koyan 1 dan 2, Lipis Di Kenakan PKPD Bermula Hari Sabtu Ini Hingga 28 Ogos

Sekianlah artikel Felda Sungai Koyan 1 dan 2, Lipis Di Kenakan PKPD Bermula Hari Sabtu Ini Hingga 28 Ogos kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Felda Sungai Koyan 1 dan 2, Lipis Di Kenakan PKPD Bermula Hari Sabtu Ini Hingga 28 Ogos dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/felda-sungai-koyan-1-dan-2-lipis-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Felda Sungai Koyan 1 dan 2, Lipis Di Kenakan PKPD Bermula Hari Sabtu Ini Hingga 28 Ogos"

Catat Ulasan

Loading...