Loading...

Jurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh Akui Dia Sudah Buntu Dengan Jentera Serangan Tumpul

Loading...
Jurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh Akui Dia Sudah Buntu Dengan Jentera Serangan Tumpul - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh Akui Dia Sudah Buntu Dengan Jentera Serangan Tumpul, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh Akui Dia Sudah Buntu Dengan Jentera Serangan Tumpul
link : Jurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh Akui Dia Sudah Buntu Dengan Jentera Serangan Tumpul

Baca juga


Jurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh Akui Dia Sudah Buntu Dengan Jentera Serangan Tumpul

 

KUANTAN - Pengendali Sri Pahang FC, Dollah Salleh mengakui sudah buntu dengan masalah ketumpulan jentera serangannya selepas tewas kepada Kuala Lumpur City FC 0-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur pada Jumaat.

Menurutnya, kegagalan menyudahkan banyak peluang terhidang memberikan kesan besar kepada pasukan dan terpaksa terus bergelut untuk cuba menjauhi zon penyingkiran.

"Hari ini memang separuh masa pertama kami bermain baik khasnya 20 minit terakhir itu. Kami banyak cipta peluang tapi tak dapat nak sudahkan peluang itu. Separuh masa kedua pula, kami banyak leka.

"Kami bagi gol yang tak sepatunya diberi dan dengan kesilapan itu corak permainan terus hilang. Kesilapan yang dilakukan itu padah buat Pahang.

"Sejak akhir-akhir ini juga nampak susah nak jaringkan gol. Saya tak tahu kenapa sebab kami dah cuba macam-macam dalam latihan. Kami juga dah bagi penyerang untuk latihan shooting dan sebagainya tapi masih lagi benda ini (ketumpulan) berlaku.

"Jadi, mungkin itu yang buatkan ada pemain yang tak puas hati khasnya di bahagian pertahanan dan kat situ berlakunya kesilapan," katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Dua gol KL City FC dijaringkan pada babak kedua perlawanan menerusi pemain import dari Colombia Romel Oswaldo Morales pada minit ke-49 sebelum pemain tengah Zhafri Yahya meledak gol kedua pasukan pelawat pada minit ke-70.

Dengan saingan liga berbaki empat perlawanan, posisi Sri Pahang FC masih belum selamat apabila hanya dipisahkan empat mata dengan Perak FC yang berada di kedudukan kedua tercorot sekali gus di ambang penyingkiran ke saingan Liga Premier musim depan. #sumber



Demikianlah Artikel Jurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh Akui Dia Sudah Buntu Dengan Jentera Serangan Tumpul

Sekianlah artikel Jurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh Akui Dia Sudah Buntu Dengan Jentera Serangan Tumpul kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh Akui Dia Sudah Buntu Dengan Jentera Serangan Tumpul dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/jurulatih-sri-pahang-fc-dollah-salleh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh Akui Dia Sudah Buntu Dengan Jentera Serangan Tumpul"

Catat Ulasan

Loading...