Loading...

Kerajaan Akan Pertimbangkan Untuk Wajibkan Pengambilan Vaksin Kepada Rakyat Negara Ini

Loading...
Kerajaan Akan Pertimbangkan Untuk Wajibkan Pengambilan Vaksin Kepada Rakyat Negara Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Akan Pertimbangkan Untuk Wajibkan Pengambilan Vaksin Kepada Rakyat Negara Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Akan Pertimbangkan Untuk Wajibkan Pengambilan Vaksin Kepada Rakyat Negara Ini
link : Kerajaan Akan Pertimbangkan Untuk Wajibkan Pengambilan Vaksin Kepada Rakyat Negara Ini

Baca juga


Kerajaan Akan Pertimbangkan Untuk Wajibkan Pengambilan Vaksin Kepada Rakyat Negara Ini


BERA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan mempertimbang mewajibkan pengambilan vaksin kepada rakyat negara ini dalam usaha memerangi pandemik Covid-19 yang berkemungkinan menjadi satu endemik.

Bagaimanapun, katanya, langkah mewajibkan penerimaan vaksin itu hanya akan dilakukan sekiranya masih ramai yang berdegil tidak mahu menerima suntikan vaksin.

“Setakat ini kita masih belum lagi mewajibkan tetapi saya percaya satu hari nanti kalau masih ramai yang enggan menerima vaksin mungkin kita akan tetapkan perkara itu sebagai wajib.

“Kita tidak mahu perkara itu (tidak mengambil vaksin) kerana mereka yang degil tidak mahu mengambil vaksin boleh menyebabkan masalah kepada orang lain,” katanya dalam sidang akhbarselepas melakukan lawatan ke Eksesais Para Predator Siri 1/2021 di Pesisir Sungai Pahang berhampiran Kampung Batu Bor di sini hari ini.

Yang hadir sama Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain.

Menurut Ismail Sabri pengambilan vaksin adalah penting dalam mencegah penularan Covid-19 seterusnya memutuskan rantaian penularan wabak berbahaya itu sekali gus memastikan keselamatan seluruh rakyat.

Dalam pada itu, beliau berkata, dalam usaha mengatasi kesesakan di pusat pemberian vaksin khususnya melibatkan warga asing, pihak kilang perlu menjadikan kawasan mereka sebagai tempat pemberian vaksin.

Selain itu katanya, bagi menghindarkan penularan wabak Covid-19 semasa mendapatkan vaksin beliau meminta pemberian vaksin secara pandu lalu diperbanyakkan di seluruh negara.

Katanya, melalui langkah itu juga, majikan di kilang terbabit boleh mempercepatkan proses vaksinasi pekerja mereka dengan membeli sendiri vaksin Covid-19.

“Kita kata mana-mana kilang lebih 80 peratus pekerja sudah dapat dua dos vaksin mereka boleh buka kilang, saya percaya harga vaksin tidak begitu mahal berbanding kerugian kalau terus tutup kilang,” ujarnya. #sumber



Demikianlah Artikel Kerajaan Akan Pertimbangkan Untuk Wajibkan Pengambilan Vaksin Kepada Rakyat Negara Ini

Sekianlah artikel Kerajaan Akan Pertimbangkan Untuk Wajibkan Pengambilan Vaksin Kepada Rakyat Negara Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Akan Pertimbangkan Untuk Wajibkan Pengambilan Vaksin Kepada Rakyat Negara Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/kerajaan-akan-pertimbangkan-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan Akan Pertimbangkan Untuk Wajibkan Pengambilan Vaksin Kepada Rakyat Negara Ini"

Catat Ulasan

Loading...