Judul : Langkah 'Royal Chulan' Untuk Ismail Sabri Jadi Perdana Menteri, Gantikan Tempat Muhyiddin?
link : Langkah 'Royal Chulan' Untuk Ismail Sabri Jadi Perdana Menteri, Gantikan Tempat Muhyiddin?
Langkah 'Royal Chulan' Untuk Ismail Sabri Jadi Perdana Menteri, Gantikan Tempat Muhyiddin?
SHAH ALAM - Dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka meletakkan sebagai Perdana Menteri esok, tempoh 24 jam ini dijangka menjadi tempoh paling kritikal bagi parti-parti politik.
Semua parti politik sedang membuat kira-kira siapa yang mampu mencapai majoriti mudah.
Dan yang pasti dengan tiada pemimpin utama politik mencapai angka 111 sokongan setakat ini, maka masing-masing sedang menggerakkan percaturan dan inisiatif.
Spekulasi paling kuat ketika ini dalam keadaan Bersatu yang tidak mahu kehilangan kuasa dan UMNO mahu kembali menjadi parti dominan, jalan terbaiknya adalah mengumpulkan sokongan buat Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Percaturan tersebut dikatakan menyamai Langkah Perak yang pernah digerakkan UMNO pada Januari lalu yang menyaksikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terpaksa meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.
Walaupun Bersatu Perak 'terluka' akibat penarikan sokongan UMNO kepada Faizal Azumu, namun Bersatu Perak akhirnya tetap memberi sokongan kepada Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad untuk menerajui kerajaan negeri.
Spekulasi mengenai Ismail Sabri akan dicalonkan sebagai Perdana Menteri semakin kuat sejak pagi tadi apabila dikhabarkan satu perbincangan diadakan kem beliau di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.
Portal berita The Vibes sebentar tadi melalui satu sumbernya turut melaporkan satu gerakan mengumpul surat dan tandangan akuan bersumpah (SD) sedang dilakukan untuk menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Hamzah Zainudin daripada Bersatu sebagai Timbalan Perdana Menteri. #sumber
Demikianlah Artikel Langkah 'Royal Chulan' Untuk Ismail Sabri Jadi Perdana Menteri, Gantikan Tempat Muhyiddin?
Anda sekarang membaca artikel Langkah 'Royal Chulan' Untuk Ismail Sabri Jadi Perdana Menteri, Gantikan Tempat Muhyiddin? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/langkah-royal-chulan-untuk-ismail-sabri.html

0 Response to "Langkah 'Royal Chulan' Untuk Ismail Sabri Jadi Perdana Menteri, Gantikan Tempat Muhyiddin?"
Catat Ulasan