Loading...

Mesyuarat Khas Dewan Negara Sepatutnya Pada 2 Hingga 5 Ogos Turut Di Tangguhkan

Loading...
Mesyuarat Khas Dewan Negara Sepatutnya Pada 2 Hingga 5 Ogos Turut Di Tangguhkan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mesyuarat Khas Dewan Negara Sepatutnya Pada 2 Hingga 5 Ogos Turut Di Tangguhkan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mesyuarat Khas Dewan Negara Sepatutnya Pada 2 Hingga 5 Ogos Turut Di Tangguhkan
link : Mesyuarat Khas Dewan Negara Sepatutnya Pada 2 Hingga 5 Ogos Turut Di Tangguhkan

Baca juga


Mesyuarat Khas Dewan Negara Sepatutnya Pada 2 Hingga 5 Ogos Turut Di Tangguhkan

 

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Khas Dewan Negara yang sepatutnya berlangsung 3 hingga 5 Ogos ini, ditangguhkan ke suatu tarikh akan ditetapkan kelak.

Menerusi notis dikeluarkan Setiausaha Dewan Negara, Muhd Sujairi Abdullah kepada Ahli Dewan Negara bertarikh hari ini, Yang Dipertua Dewan Negara menerima makluman daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 31 Julai 2021 yang memutuskan supaya persidangan mesyuarat khas bagi Dewan Negara ditangguhkan selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 10(3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara.

"Penangguhan ini dibuat selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) serta penilaian risiko semasa yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

"Ia susulan perkembangan terbaharu penularan jangkitan COVID-19 yang mana KKM berpendapat bahawa Parlimen Malaysia merupakan lokaliti berisiko untuk berlakunya penularan jangkitan COVID-19," menurut notis terbabit.

Semalam, Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin menerusi notis kepada Ahli Parlimen, memaklumkan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat esok, ditangguhkan ke suatu tarikh ditetapkan kelak.

Berdasarkan notis itu, pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat dimaklumkan oleh Perdana Menteri berhubung penangguhan persidangan berkenaan selaras Peraturan Mesyuarat 11(3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

"Penangguhan ini adalah selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) serta penilaian risiko semasa yang telah dijalankan oleh KKM.

."..susulan perkembangan terbaharu penularan jangkitan COVID-19, yang mana KKM berpendapat bahawa Parlimen Malaysia merupakan lokaliti berisiko berlakunya penularan jangkitan itu," demikian menurut notis itu. #sumber



Demikianlah Artikel Mesyuarat Khas Dewan Negara Sepatutnya Pada 2 Hingga 5 Ogos Turut Di Tangguhkan

Sekianlah artikel Mesyuarat Khas Dewan Negara Sepatutnya Pada 2 Hingga 5 Ogos Turut Di Tangguhkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mesyuarat Khas Dewan Negara Sepatutnya Pada 2 Hingga 5 Ogos Turut Di Tangguhkan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/mesyuarat-khas-dewan-negara-sepatutnya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mesyuarat Khas Dewan Negara Sepatutnya Pada 2 Hingga 5 Ogos Turut Di Tangguhkan"

Catat Ulasan

Loading...