Judul : Muhyiddin Sahkan Lapan Ahli Parlimen UMNO Menulis Surat Tarik Sokongan Kepada Beliau !
link : Muhyiddin Sahkan Lapan Ahli Parlimen UMNO Menulis Surat Tarik Sokongan Kepada Beliau !
Muhyiddin Sahkan Lapan Ahli Parlimen UMNO Menulis Surat Tarik Sokongan Kepada Beliau !
PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan terdapat lapan Ahli Parlimen UMNO telah menulis surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk menarik sokongan mereka kepadanya.
Katanya, bilangan tersebut diperoleh menerusi warkah yang diterima daripada Yang di-Pertuan Agong semalam.
“Di dalam warkah ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memetik dua peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Pertama, Perkara 43 (2) (a) iaitu: “Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan
majoriti ahli Dewan Rakyat itu”
“Dan kedua, Perkara 43 (4) iaitu:“Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong”,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri sebentar tadi.
Sehubungan dengan itu katanya, beliau telah dititah menghadap oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada jam 11.00 pagi hari ini. #sumber
Demikianlah Artikel Muhyiddin Sahkan Lapan Ahli Parlimen UMNO Menulis Surat Tarik Sokongan Kepada Beliau !
Anda sekarang membaca artikel Muhyiddin Sahkan Lapan Ahli Parlimen UMNO Menulis Surat Tarik Sokongan Kepada Beliau ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/muhyiddin-sahkan-lapan-ahli-parlimen.html
0 Response to "Muhyiddin Sahkan Lapan Ahli Parlimen UMNO Menulis Surat Tarik Sokongan Kepada Beliau !"
Catat Ulasan