Judul : Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Sahkan Mukriz Jadi Wakil Menghadap Agong Esok !
link : Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Sahkan Mukriz Jadi Wakil Menghadap Agong Esok !
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Sahkan Mukriz Jadi Wakil Menghadap Agong Esok !
SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara esok.
Menurut jurucakap parti itu, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan mewakili parti tersebut.
"Ya pertemuan pukul 2 petang esok (Selasa)," katanya.
Difahamkan semua ketua-ketua dan wakil parti telah dititahkan untuk menghadap Agong.
Turut dipanggil menghadap ialah Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.
Pada Isnin, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan jawatan seluruh Jemaah Menteri berkuat kuasa serta-merta.
Susulan peletakan jawatan itu, Seri Paduka turut berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara sehingga seorang Perdana Menteri baharu dilantik.
Selaras Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Seri Paduka hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri baharu untuk mempengerusikan Jemaah Menteri. #sumber
Demikianlah Artikel Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Sahkan Mukriz Jadi Wakil Menghadap Agong Esok !
Anda sekarang membaca artikel Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Sahkan Mukriz Jadi Wakil Menghadap Agong Esok ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/parti-pejuang-tanah-air-pejuang-sahkan.html
0 Response to "Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Sahkan Mukriz Jadi Wakil Menghadap Agong Esok !"
Catat Ulasan