Loading...

PEJUANG Persoalkan Tindakan PM Mahu Bawa Usul Undi Percaya Terhadapnya Bulan Depan !

Loading...
PEJUANG Persoalkan Tindakan PM Mahu Bawa Usul Undi Percaya Terhadapnya Bulan Depan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PEJUANG Persoalkan Tindakan PM Mahu Bawa Usul Undi Percaya Terhadapnya Bulan Depan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PEJUANG Persoalkan Tindakan PM Mahu Bawa Usul Undi Percaya Terhadapnya Bulan Depan !
link : PEJUANG Persoalkan Tindakan PM Mahu Bawa Usul Undi Percaya Terhadapnya Bulan Depan !

Baca juga


PEJUANG Persoalkan Tindakan PM Mahu Bawa Usul Undi Percaya Terhadapnya Bulan Depan !

 

KUALA LUMPUR - Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin mahu membawa usul undi percaya terhadapnya di Dewan Rakyat pada bulan depan.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata usul berkenaan sepatutnya dibawa lebih awal lagi, sebaliknya apa yang berlaku hanya dibentang selepas tekanan demi tekanan diberikan.

"Peluang untuk menguji majoriti Muhyiddin ini adalah apa yang kami tuntut selama tujuh bulan. Mereka hanya memberi kita mesyuarat khas di Parlimen (minggu lalu).

"Selepas percaturan UMNO bergerak, tiba-tiba dia mahu membuktikan majoritinya (di Dewan Rakyat).

"Kita berharap kematian tidak bertambah lagi 4,000 kes hingga 6 September (tarikh bermula sidang Dewan Rakyat)," katanya menerusi ciapan di Twitter beliau hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin tengah hari tadi bahawa usul undi percaya kepada Perdana Menteri akan dikemuka ke Dewan Rakyat September depan, bagi membolehkan Ahli Parlimen menentukan jumlah sokongan sebenar dimiliki Muhyiddin ketika ini.

Sementara itu, Ketua Penerangan PEJUANG, Ulya Aqamah Husamudin menafikan dakwaan kononnya parti itu ada menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Muhyiddin.

"SD apa? Berhenti dengan semua teori konspirasi yang tidak masuk akal ini. PEJUANG mengadakan perjumpaan biro politik kami pagi tadi," ciapnya di Twitter beliau menjawab beberapa dakwaan di media sosial.

Setiausaha Agung PEJUANG, Datuk Amiruddin Hamzah yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu, turut menafikan dakwaan sama.

Sementara itu, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik berkata, Muhyiddin seharusnya mengambil tindakan meletakkan jawatan secara terhormat.

"Rakyat kurang senang kerana kerajaan tidak 'perform', kes tidak menurun, ekonomi semakin parah, istana dipermainkan, Parlimen diperlekeh, pendidikan pula terpinggir dan ke laut," ciapnya di Twitter. #sumber



Demikianlah Artikel PEJUANG Persoalkan Tindakan PM Mahu Bawa Usul Undi Percaya Terhadapnya Bulan Depan !

Sekianlah artikel PEJUANG Persoalkan Tindakan PM Mahu Bawa Usul Undi Percaya Terhadapnya Bulan Depan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PEJUANG Persoalkan Tindakan PM Mahu Bawa Usul Undi Percaya Terhadapnya Bulan Depan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/pejuang-persoalkan-tindakan-pm-mahu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PEJUANG Persoalkan Tindakan PM Mahu Bawa Usul Undi Percaya Terhadapnya Bulan Depan !"

Catat Ulasan

Loading...