Loading...

Pemergian Penyanyi Siti Sarah Raisuddin Turut Dapat Perhatian Daripada Media Antarabangsa

Loading...
Pemergian Penyanyi Siti Sarah Raisuddin Turut Dapat Perhatian Daripada Media Antarabangsa - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemergian Penyanyi Siti Sarah Raisuddin Turut Dapat Perhatian Daripada Media Antarabangsa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemergian Penyanyi Siti Sarah Raisuddin Turut Dapat Perhatian Daripada Media Antarabangsa
link : Pemergian Penyanyi Siti Sarah Raisuddin Turut Dapat Perhatian Daripada Media Antarabangsa

Baca juga


Pemergian Penyanyi Siti Sarah Raisuddin Turut Dapat Perhatian Daripada Media Antarabangsa

PETALING JAYA – Berita pemergian penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin semalam bukan sahaja mendapat liputan meluas media negara ini, malah turut mendapat perhatian pada peringkat antarabangsa.

Kisah sedih melibatkan isteri kepada pelawak dan pelakon, Shuib itu telah disiarkan di portal media terkenal dunia di United Kingdom iaitu BBC News.

Laporan tersebut disiarkan menerusi berita bertajuk ‘Malaysian singer dies of Covid, day after giving birth’ (Penyanyi Malaysia meninggal dunia akibat Covid selepas melahirkan anak).

Susulan laporan itu, rata-rata pengguna media sosial tersentuh dengan pengorbanan arwah sebagai ibu dan menganggap ia sebagai satu berita yang memilukan akibat virus Covid-19 yang sedang menyerang dunia.

Pada masa sama, mereka turut menitipkan ucapan takziah dan simpati ke atas keluarga Siti Sarah di Facebook rasmi portal itu.

“Ini adalah berita yang menyedihkan untuk wanita ini serta keluarganya. Rasa simpati yang begitu mendalam daripada saya buat mereka dalam menempuh detik penuh dugaan ini,” tulis seorang pengguna.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Soonoo Malkani.

“Tragik, tetapi ibu mengorbankan hidupnya supaya bayinya boleh hidup. Inilah kasih sayang ibu, semoga anda tenang di sana,” ujarnya.

Selain BBC, khabar duka itu turut dilaporkan News portal CNA Lifestyle Asia dan Liputan.6 dari negara jiran Indonesia.

Media kelmarin melaporkan Siti Sarah yang juga isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Siti Sarah, 36, yang dimasukkan ke hospital berkenaan sejak Rabu lalu akibat Covid-19 menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5.13 pagi semalam.

Perkara tersebut disahkan sendiri Shuib menerusi satu muat naik di laman Instagramnya.

Sebelum ini, penyanyi lagu Kesetiaan yang hamil lapan bulan itu terpaksa melalui proses pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih berisiko.

Dia kemudiannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HUKM selepas kesihatannya terus merosot. #sumber



Demikianlah Artikel Pemergian Penyanyi Siti Sarah Raisuddin Turut Dapat Perhatian Daripada Media Antarabangsa

Sekianlah artikel Pemergian Penyanyi Siti Sarah Raisuddin Turut Dapat Perhatian Daripada Media Antarabangsa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemergian Penyanyi Siti Sarah Raisuddin Turut Dapat Perhatian Daripada Media Antarabangsa dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/pemergian-penyanyi-siti-sarah-raisuddin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pemergian Penyanyi Siti Sarah Raisuddin Turut Dapat Perhatian Daripada Media Antarabangsa"

Catat Ulasan

Loading...